Wednesday, September 30, 2009

His Birthday

Last Monday was my hubby's birthday. Konon-konon nak tunggu sampai kul 12 mlm nak wish tapi makcik ngantuk yang amat. Dalam nak dekat kul 11, tengok hubby dah tertidur depan tv. So, cepat-cepat I tulis kad & letakkan birthday present & card sebelah dia. Nak bagi dia surprise la konon bila terjaga kul 12 ke kan... Tapi hampeh... rupanya dia tak bangun-bangun pun sampai I kejutkan esok paginya. Muahahaha.. So I kissed him and wished him Happy Birthday. Terus bersemangat dia bangun. Selalu bangun pagi terpisat-pisat je. Haha..

Bila Shasha dah bangun & mandi, dia tanya kenapa ayah dapat present? So I told her, today is ayah's birthday. Pas tu dia tanya balik, kenapa birthday ayah, bukan birthday Shasha? Hisss.. ni mesti sebab dia pun nak dapat present ni. But then Shasha nyanyikan lagu Happy Birthday untuk ayah dia. So sweet.

We were supposed to celebrate my hubby's birthday at TGI Puchong last Monday. But tetiba balik dari kerja I sakit perut pulak. Banyak angin kot. Lepas tu ingat nak pergi yesterday, I nak tengok Pushing Daisies pulak. Bengang je hubby I. Hihi.. ala.. bila-bila pun boleh pergi kan dear..

Coming up, entry for raya 2009.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya!!

Hari ni last day kerja!! Esok balik kampung! Hooray..! Eh..eh..eh.. kemain happy pulak. Orang lain sume dah bercuti balik raya dah, apahal I ada kat opis lagi ni...


Hari ni ada la 3 ketul manusia je kat opis nih. Satu hari ni I tak buat apa kerja pun. I surf internet la..baca paper & majalah la... main game la.. hihihi.. kot bos tau ni dah harus kena pancung dah ni... Nak buat camane... mood kerja tak ada. Nak talipon orang nak tanya itu ini untuk siapkan kerja, orang sume dah balik kampung. Sudahnya, I buat benda-benda tak berfaedah je la...


Tadi I round Jalan TAR. Fuiyyoo.. banyak item diorang dah start lelong oo.. I dah terbeli satu baju kurung ni, dapat kurang dalam RM100 dari original price. Best aaa... Dah lama teringin nak pakai baju kurung yang letak manik sakan kat leher (siap jurai-jurai tu...) & tangan. Pastu jenuh pulak carik tudung nak matching. Lepas tu beli telekung, dapat kurang RM30, lelong jugak. Puas hati.


Di kesempatan ini I nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin andainya I pernah buat salah dan silap atau ada kata-kata yang mengguris hati. Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi.


Wednesday, September 16, 2009

Hari Yang Penuh Cabaran

Malam tadi Sarah tak lena tidur, asyik bangun je. Rasa ada dalam 5 kali. Kejap-kejap merengek. Last sekali bangun dalam pukul 3 pagi dia nak susu. Kejap-kejap I bangun tengok Sarah kat bilik sebelah. Sarah tidur sekali dengan Shasha. I ni pulak, jenis tak boleh dengar bunyi sikit, be it anak merengek ke, batuk ke, bunyi tapak kaki dia ke.. even kalau ada orang datang dekat-dekat I masa I tidur pun I boleh terjaga. Adoiiyaii... dah la malam tadi tidur lewat sebab nak tengok Pushing Daisies, so kerja-kerja rumah lambat siap la. Itu pun baju kerja gosok lepas sahur.

So tersangatlah mengantuknya hari ini. Especially masa nak sahur. I dah jadi macam zombie. Panaskan nasi & lauk sambil mata tertutup. Sib baik tak hangus. Lepas sahur asyiklah nak termuntah. Haduiii.. dah rasa badan macam tak larat.

Bila sampai kat stesyen LRT Sg Besi, I ada nampak notis kata tren lewat 20 minutes and last station is Bandaraya. Sudah... Tapi tren sampai macam biasa. Tapi dalam tren ramai so I tak dapat duduk. Terhoyong-hayang tau kena berdiri sambil menahan mabuk & macam nak pitam. Ku ingatkan panas sampai ke petang, rupanya....... kat Chan Sow Lin sume orang kena turun. Tren yg I naik patah balik ke Sri Petaling. Yang nak pergi Ampang kena turun sebelah kanan. Yang nak pergi pusat bandaraya kena turun sebelah kiri. Ramainya manusia ya Rabbii... I cepat-cepat carik laluan untuk dapat tempat depan-depan sikit. Sekali ada sorang mamat ni mengekor I. Eh, cuak I dibuatnya. Rupanya dia ambik kesempatan ikut I carik tempat yang depan-depan. Cess...


Tengoklah betapa ramainya manusia bersesak tunggu lrt pagi tadi. Gambar ni member ambik.

Ada dalam 20 minit berdiri bersesak-sesak tu, I dah rasa nak pitam dah. Tengah dok fikir nak duduk kat lantai ke tak nak ke...tetiba tren dari arah pusat bandaraya datang. Serta-merta I cuba gagahkan jugak diri pasal kalu tak nanti tak dapat naik tren & kalau boleh I nak dapat duduk. Dengan izin Allah, berjaya masuk tren & berjaya duduk. I rasa ada kengkawan satu company yang satu lrt dengan I tadi tak dapat masuk sebab diorang duduk belakang-belakang masa tunggu tren.

Sampai kat ofis dah rasa semacam je. Tak tahan dah.. akhirnya tewas jugakk.. I terpaksa buka puasa hari ni. Kut tak, takut ambulan datang pulak bawak I pegi sepital. Oooo.. hamba tak sanggup kena pegi sepital. Hubby pun suruh buka je.

Inilah kisah saya pada hari ini. Kesian, eh Sekian.

Monday, September 14, 2009

Ifthar With My Siblings

Saja nak publish gambar-gambar masa ifthar dengan my sisters. Tak banyak pun.

Ni juadah ifthar kat rumah I. Tapi gambar selepas makan la. Lupa nak snap sebelum makan.



Lepas makan, celebrate birthday Ammar pulak, anak kedua kakak I.



Ini Irfan. Anak buah paling kecik. Anak kakak I.

Ifthar kat rumah kakak I. Dari kiri, Zuhaira (anak adik I), Dhia (anak ke 4 kakak), Sarah, Irfan & Shasha.


Juadah kat rumah kakak. Asam pedas dia best tau.


Gambar Sarah tak puasa.



On The Last Week of Ramadhan

I dah tukar duit raya sekejap tadi. Kat Public Bank bawah ofis ni je. Ada 2 kaunter buka untuk tukar duit raya. Queue panjang tapi cepat. Mula-mula ingat nak tukar kat Maybank sebab nakkan sampul duit raya dia tapi malas la pulak nak melintas jalan. Public Bank punya sampul duit raya tak menarik langsung la. Setakat ni sampul duit raya paling menarik I dapat ialah Deutsche Bank. Kelass sangat. Macam sampul invitation wedding gitu...

Alhamdulillah.. setakat ni puasa I cukup lagi. Ada hari-hari I hampir rasa nak buka puasa, tapi cuba tahan jugak. Ramadhan kali ni sangat challenging la untuk I. Nak kena tahan the sickness yang tak menentu macam roller-coaster tu, rasa sangat tak larat. Kalau hari tak puasa, I bolehla legakan rasa nak muntah tu dengan makan or minum something (I figured out that orange juice is the best cure for my morning sickness!), tapi bila puasa ni terpaksa bersabar je la. Bila habis buka asyik nak muntah. Sama jugak dengan sahur. Luckily I cuma betul-betul terkeluar muntah rasanya tak sampai 5 kali lagi. Luckily, hubby I pandai mengurut. Hari-hari kena urut belakang I nak keluarkan angin. Mabuk kali ni lainlah. I takde rasa pening or senak perut ke bila nak muntah. Tapi kat dada ni rasa banyak sangat gas & kalau nak sendawa tu kena ada cara dia supaya angin-angin tu dapat keluar. Kalau tak asyik uwek je la kerjanya. So, I ni all the time asyik sendawa je. Letih tau.

Last Friday, we received a very good news, the long awaited news. Our management finally announced that we will be getting our big "B" on this Friday. Alhamdulillah.. ringan sikit beban nak keluarkan duit raya tahun ni..hihihi....

Thursday, September 10, 2009

Bajuku Sudah Siap

Tadi baru ambil baju raya. Hihi seronoknya baju raya dah siap! Dua pasang je tahun ni. Cukuplah tu kan. I tempah kat Bangunan MARA je, convenient sikit. Esok boleh cari tudung kat Jalan TAR. Tadi round-round di Bangunan MARA tu, alamak..cantik-cantik pulak baju ready made yang diorang jual kat bazar-bazar bahagian bawah. Macam teringin je nak beli sebab ada saiz yang macam ok je untuk I. Maybe next week kot cuba tengok lagi kot-kot harga jadi lagi murah. But I bought 1 baju kurung for Shasha. Kiut baju tu. Tapi tadi lupa nak bawa ukuran Shasha. Tak apalah, if it's not her size, seller tu kata boleh tukar.


Hari ni RHBIB datang bawa sampul duit raya. Wahh.. dah banyak dah sampul duit raya kitorang dapat ni. Campur CIMB, BSN & EON Bank lagi. Alangkah bestnya kalau sampul-sampul tu ada duit raya sekali..hahaha..kayo makcik.


Esok Jumaat. I nak ukur Jalan TAR lagi. Tak puas-puas....

Wednesday, September 9, 2009

Nur Kasih

Eh, korang tengok tak cerita Nur Kasih kat TV3 every Friday night tu? I sukalah cerita tu. Best. Lain sikit dari cerita melayu biasa. I jarang tengok drama-drama ni. Tapi Nur Kasih ni special sikitlah. Tak boleh miss. Tapi kadang-kadang terlepas juga tak dapat tengok.

La ni tengah baca sinopsis cerita dia sambil mendengar lagu Nur Kasih (Yassin) .. hihihi.. tak sabar nak tunggu ending punya pasal. I selalu macam tu. Kalau baca novel pun, kalau tak sabar I baca dulu ending kat belakang. Haha.. anti climax betul...
Next, ada satu lagi cerita yang I tunggu-tunggu keluar balik kat TV, Pushing Daisies. I suka sangat cerita ni... macam I suka Desperate Housewives & Ugly Betty. 15 Sept ni start.. I can't wait...

Tuesday, September 8, 2009

On the 18th Day of Ramadhan 1430 Hijrah

It's the 11th week of pregnancy. The sickness is still there but my health condition is improving. Syukur. Tak larat tau asyik uwek uwek di bulan puasa ni. Setakat ni puasa semua cukup, Alhamdulillah.. There are times rasa macam tak larat sangat, sampai bila jalan pun nak kena papah dengan hubby. Tapi I kuatkan semangat untuk completekan puasa tu. Bukan apa.. selain daripada puasa tu wajib, I tak suka kena ganti puasa... Sebab nanti bila I puasa, orang lain tak puasa..rasa macam tak best.. hahaha..buleh gitu?


Tapi ada few of my friends in the company yang pregnant, tapi langsung tak puasa. Ada yang dalam 2 mths pregnant, ada yg 8 mths? I wonder why.. Maybe they all really tak larat tapi kalau memang sebelum Ramadhan lagi dah kata tak nak puasa, and tak nak cuba langsung puasa, I think tak bolehla macam tu kan. Puasa ni wajib. Macam sembahyang juga. Kalau tak boleh sembahyang berdiri, kena sembahyang duduk. Kalau tak boleh juga, kena sembahyang baring. Tapi wajib dilaksanakan. Macam kalau puasa tu, cuba la tahan masa waktu pagi. Kalau masa tengahari/petang dah tak larat sangat, berbukalah. Tapi cubalah puasa macam budak-budak jugak.. hari ni mungkin puasa tak penuh, esok lusa mungkin dapat penuh..Yang penting kena cuba. Insya Allah, Allah akan permudahkan nanti...


Bila time puasa ni, I seronok jalan-jalan tengok bazar Ramadhan kat Jalan TAR. Ye la, dok belakang opis ajekan. Hari-hari boleh pergi. Tengok larat or tak je la. Macam-macam benda tau jual kat bazar-bazar tu. Kasut Crocs pun ada wa cakap lu. Bila tanya original ke tak, seller kata original, beli banyak-banyak dari gudang. I tengok pun serupa exactly like mine & my kids'. Kalau tengok baju & tudung.. hui.. macam-macam fesyen.. Alamak.. baju kurung Shasha tak beli lagi la... nantilah esok ke.. You all kalau boleh datang la melawat Jalan TAR ni. Macam-macam ada...


Last Saturday, adik-beradik I except yang bongsu datang untuk iftar kat rumah I. Dah la rumah kecik, askar-askar (bebudak kecik) ada 8 orang.. huiii... rumah pun jadi la macam tongkang pecah. Habis sume mainan diangkutnya.. hehehe.. dah namanya budak-budak.. Jarang dapat berjumpa, seronok sekali-sekala berkumpul. I masak nasi ayam dengan puding caramel je. Adik I buat mee goreng dengan agar-agar (langsung takde rasa agar-agar ni, tawar je..hahahhaha..). Kakak I tak sempat masak, tolong buat air bandung soda jek.. Pics will be uploaded later lah ye.