My ex-school mate told me that there will be a reunion somewhere in July. Wah..! This is really a great news! I was longed for this reunion. Lama gila tak jumpa school mate maa.. I wonder macamana la life kawan-kawanku ini sekarang...
This reunion is specially for our batch only. Science Muar Batch 1994. Sekolah ni during my time just ada Form 4, Form 5 & Form 6. Tak tahulah sekarang macamana. I will go for this reunion, definitely. Siang siang dah pesan kat hubby, book calendar for this event. Last year I boleh temankan dia pegi reunion kat MRSM Balik Pulau yg boleh tahan jauhnya tu, tahun ni apa salahnya temankan I pegi reunion just kat JB je kannn.. lagipun nanti bolehla I menyinggah ke ofis lama I. Dah masuk 5 tahun tak jumpa member-member kat situ. Tapi ada sedikit segan la... badan dah naik la..hihi..:)
Teringat masa kat sekolah dulu, banyak betul kenangan.. During that time I rasa I tak popular pun. Compared with kawan-kawan I yang lain yg glemer tuh. Ye la I ni rupa tiada, harta pun kurang.. (kui..kui...) tapi memang la.. masa kat sekolah dulu I had a very low self-esteem. Sebab rasa diri ni tak ada apa-apa keistimewaan. So I just being low profile. Tapi dalam pada tu, I rasa I ada secret admirer juga.. yang sampai sekarang pun I tak tau siapa. Kat atas meja I dalam kelas selalu ada orang tulis-tulis nota motivation. Siap tulis "I like U" la, I like your smile" la, B.S.U.R.S.I.C.U. la.. ha, tau apa maknanya tu? Maknanya "be as you are as I see u". Kat dalam buku rujukan yang letak dalam meja pun ada orang tulis nota. Ada sekali sorang prefect datang masa prep, dia bagi satu kotak coklat. Dia kata ada senior bagi. Tapi bila I tanya siapa dia kata senior tu tak bagi cakap. I can't see the point la. Nak kenal dengan I tapi tak nak bagitau diri siapa? So forever la I tak tau siapa sebenarnya secret admirer I.
Masa sekolah pun I pernah terjebak dengan 'cinta monyet'. Tu la "first love" I. Muahahahaha... kelakarnya bila ingatkan balik.. I ada minat gila dengan sorang senior ni. Tapi sebenarnya dia yg start dulu. Masa form 4, meja makan I terletak sebelah je dgn group senior tu makan. Meja-meja makan kitorang ni dah ditetapkan, tak boleh nak tukar-tukar. Tak pasti la apa rasionalnya kan. Everytime I makan, I perasan ada orang tengok I. Bila I angkat kepala je, I akan nampak dia renung I. Kalau sekali dua kali tu boleh la I tafsirkan as coincidence kan. Tapi ni dah most of the times! Bila dia perasan I tengok dia balik, muka dia cam merah pas tu try cover la. Dah la dia at that time antara jejaka paling hensem dan sangat glemer.. lama-lama I pun terjatuh chenta dalam diam....hahaha..romantik la konon.. Tapi I tak cerita kat sesiapa pun sebab malu. Ye la... siapa la I masa tu. Kot nanti kena pakat gelak dengan kawan-kawan kan ke naya.. mau I pindah sekolah nanti..Tapi he never make a move.. so I was wondering whether this fella really interested in me or just nak main-main je...Sampai la akhir tahun, dia dah nak blah, still tak ada apa. Disebabkan ketidakmatangan I pada waktu itu dan keinginan untuk mengenali si dia yang teramat sangat, I pun menulis surat kepadanya...(sila jangan gelakkan I ye kawan-kawan...) Then I passed the letter to my friend, which happened to be his brother...(alamak, kantul la...) Later I realized that I made a stupid mistake... I think the letter has been passed around.. Masa tu rasa sedihnya..I thought I can trust my friend...
Kat sekolah ni ada sistem rumah dan merit & demerit. Rumah tu ialah rumah sukan merangkap dorm kediaman. Ada rumah Budiman (Hijau), Bestari (Biru), Sarjana (Merah) dan Pujangga (Kuning). Kira we all dulu asyik berlawan la sebab nak dapatkan merit nak bagi rumah menang in the end of the year. Semua kena jadi aktif. Sape yang tak pernah masuk sukan pun kena masukkk jugak sebab nak dapatkan markah. Tu termasuk la I yg tak pernah menjadi wakil untuk sukan tetiba je kena masuk lumba lari la, lompat jauh la.. masa tu kulit sume dah jadi hitam asyik dok berpanas je. Dah la kita ni memang dah sedia hitam...Mak I siap belikan I Fair & Lovely nak bagi kulit jadik normal balik. Sekali tengok memang kulit I jadik makin cerah. Lagi cerah dari dulu.. huiyyoo.. sangat berkesan Fair & Lovely tuh.. Yang bestnya rumah I selalu menang. Tak silap I masa I form 4 & form 5, rumah I jadi juara untuk sukan dan keseluruhan. Bangga beb... Sangat sayang sama rumah Budiman..
Kat kelas dulu I paling bosan subject Chemistry & Add Math. Masa chemistry form 4 sure selalu tertidur. Tapi bila form 5 ok sket pasal I suka cikgu dia.. Nama cikgu tu Mr. Ooi. Add math I tak suka pasal I memang sangat lembap dalam math ni..kalau u all tanya I 5+90+82+78 berapa.. I lebih rela guna kalkulator daripada guna otak sendiri untuk menjawabnya... serious.. I never good with numbers.. I pass SPM pun cukup-cukup makan je markah Add Math.
I rasa semua kawan-kawan dah berjaya dalam hidup masing-masing. Tak sabar nak jumpa diorang...Terasa macam 17 again..!
No comments:
Post a Comment