Monday, June 7, 2010

Migrain

Hari ini pergi kerja dengan kepala masih berdenyut akibat migrain semalam. Semalam I migrain pasal tak cukup tidur gara-gara Izzat meragam tak mo tidur.

Rumah masih bersepah disebabkan tak ada masa langsung nak mengemas. Nak masak pun tak ada masa inikan pula nak mengemas. Itu pun nasib baik baju-baju untuk dibasuh mesin dan tangan telah setel disidai. Batch baju pertama telah selamat dilipat manakala batch kedua masih tersadai.

Lantai dapur saja yang sempat dimop manakala lantai yang lain nak disapu pun tak sempat.

Masih banyak baju yang belum dimasukkan dalam wardrobe. I ingat susah-susah dermakan je la baju-baju tu kat sesapa. Ada sesapa nak baju free, anyone?

Rasanya rumah baruku ini akan bersepah dalam tempoh waktu yang lama juga. Mungkin sampai Izzat besar sikit. Nasib baik la sempat buat kenduri aqiqah kat rumah ni masa mula-mula masuk dulu. Bagus juga idea hubby nak buat kenduri masa tu sebab barang-barang tak banyak, belum habis punggah daripada rumah lama lagi. So rumah lapang je la. Cuma I la penat. Baru je habis pantang dengan ragam Izzat lagi dengan 2 orang kakaknya lagi. Nak mengemas sebelum dan selepas kenduri tu yang tak larat. Nasib baik my in laws banyak membantu.

Nampaknya condition ni akan berterusan tak tahu berapa lama. Disebabkan dah decide tak nak ambik maid, terpaksa la makcik bertahan...

Gambar Izzat yang diambil semalam masa pergi beli barang di Jusco depan rumah.

2 comments: