Sunday, August 21, 2011

Cerita Ceriti Ramadhan 2011

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk minggu keempat puasa. So far puasa penuh lagi, alhamdulillah... Tahun lepas sampai 14 hari kena ganti.. fuhh..


Tahun ni puasa ada bibik senang sikit. Dapatlah masak hari-hari especially on weekdays. Bila balik kerja bibik dah siapkan benda-benda nak masak, I terus masuk dapur & jadi chef la :) Berat pun dah turun banyak jugak bulan puasa ni. Sekarang dah 48 kg. Alhamdulillah.. daripada 52 ke 48 tu kalau bulan biasa sangatlah susah nak dapat. Dah lama berat I tak reach 40 so bila dapat 48 balik tu rasa seronoknya.... Tapi lepas ni nak maintain memang sangat mencabar nih.


Sehari dua sebelum puasa, Sogo buat Member Day Sale. Biasa la Sogo tu. Ada je idea nak mengabiskan duit orang. I pun macam biasa kena la pergi. Borong susu Enfagrow Izzat. Bukan senang nak dapat murah macam tu. Sogo kalau dah Member Sale tu memang dahsyat la. Orang punya la ramai, tak bernafas dok kat dalam tu. Especially kat Children Department. Nak lalu pun susah. Jem tu... Tapi yang kesian tu babies dengan budak-budak kecik. For me, kalau nak pergi sale yang sesak teruk macam tu, janganlah bawak babies & kids. Kesian tau tengok diorang menangis-nangis tengah parents dok sibuk mencari & membeli barang. Ada tu babies were left with the fathers. Mothers pergi cari barang. Tapi bila baby nangis, bapaknya tak tau nak buat apa. Call-call maknya tak dapat-dapat. Haru.. yang lagi teruk, parents boleh tinggalkan their small kids or babies dengan abang kakaknya yang baru sekolah rendah. Kalau jadi apa-apa macam mana? Ish..ish..


During 1st weekend puasa, balik Melaka berbuka dengan mak. Kat rumah penuh dengan rambutan. Semua dah masak ranum. Sayangnya... kalau bukan bulan puasa, I dah angkut banyak-banyak bawak KL bagi kat kengkawan, mentua, ipar duai, jiran... Tapi sebab bulan puasa, bawak balik sikit jelah bagi kat kengkawan & jiran.





Rambutan gula batu yang sedang masak ranum. Yang sebelah bawah dah berkurang sebab mak dah banyak bagi kat orang.








Bebudak ni memang menyibuk je nak bergambar sama dengan pokok rambutan.




On Monday, 8.8.2011, Izzat dah boleh jalan sendiri without pegang tangan orang lain. Bila kitorang balik dari sembahyang terawih tiba-tiba Izzat sambut kat muka pintu sambil berjalan sendiri bukan main laju lagi. Hahaha.. anak ibu dah confident dah. Sebelum ni Izzat dah boleh jalan tapi tak confident nak pegang tangan orang baru boleh jalan. Tapi dia pegang sambil tarik tangan orang la.






Izzat sambut ibu & ayah balik dari terawih dengan surprise... dah boleh jalan sendiri..yeay!!



Weekend kedua puasa on Saturday, iftar kat rumah kakak di Enstek. Sebelum tu pergi IKEA dulu kononnya nak cari floor lamp. Tapi tak ada yang menarik la. Sudahnya beli benda-benda lain. Shasha & Sarah kitorang tinggalkan kat Smartland dengan bibik. Biar diorang main kat situ sementara kitorang shopping kat IKEA. Izzat pulak tidur.



Izzat @ IKEA. Baru bangun tidur terus nak berjalan.



Shasha & Sarah tak kisah kena tinggal kat Smartland. Laaagiii diorang suka...!



Dah sampai kat rumah Mak Long, Izzat terus tunjuk skill berjalannya itu... :)




Izzat dengan sepupu sepapat...


Sabtu lepas pulak iftar kat rumah adik, Murni. The original plan was to have it at our house. Tiba-tiba last minute tak jadi sebab something happened to Izzat. Entah macam mana dia terkena infection kat 'bird' dia. Mula-mula tak perasan apa pun cuma masa tukarkan pampers dia, dia menangis sambil pegang bird. Esoknya (last Friday), masa berbuka kat rumah in laws, tetiba keluar nanah pulak. Bila sakit tu memang terjerit-jerit Izzat. Kesiannya... Terus bawak pergi klinik dekat dekat situ. Doktor tu cakap takde apa boleh buat cuma bagi antibiotik & ubat tahan sakit pas tu kena sunatkan Izzat sebab kulit Izzat kat situ jenis melekat. Tu yang bila dia kencing berjangkit kuman tu. Tapi yang tak puas hati tu doktor tu langsung tak tengok keadaan 'bird' Izzat. So esoknya, Sabtu, kitorang pergi klinik panel dekat dengan rumah. Doktor Fazliyana ni kitorang suka sebab dia check betul-betul. So according to her, memang biasanya kalau kes macam ni option dia kena sunatkan anak walaupun dia kecil lagi. Tapi kena baikkan bengkak dia dulu. So dia bagi ubat-ubat untuk baikkan bengkak. Alhamdulillah... sekarang Izzat dah ok. Tapi Doktor Fazliyana suruh consult ada sorang paediatric surgeon dekat Gleneagles Hospital. So esok kitorang akan bawak Izzat pergi situ.



Iftar cum Zuhaira's birthday celebration kat rumah adik. Seronoknya budak-budak ni nyanyi lagu Happy Birthday :)


Bulan puasa ni dekat area ofis I memang jem lah hari-hari. Dah memang kat situ heaven untuk cari barang-barang persiapan raya. Dengan Jalan TAR nya, Jalan Masjid Indianya, Sogo, Pertama Kompleks, Bangunan MARA... Apa barang yang tak ada kat sini? Semua ada jual. Benda-benda pelik macam dalam gambar ni pun ada.



I rasa kalau pakai selipar ni pergi masjid, gerenti tak kena curi pasal orang nak curi kena fikir tiga pat kali sebab bentuknya yang pelik tu, cemana nak pakai?



Hot item tahun ini adalah kerongsang jurai. Kemain ramai orang membelinya termasuklah I.. haha.. mestilah ikut trend kann.. Kalau tudung tu, macam-macam jenis tudung ada. Taklah macam zaman I student dulu, kalau tahun ni musim tudung bawal tiga segi, tahun depan musim tudung bawal empat segi pulak. Hehe.. Sampai pening nak beli tudung apa. Ingat ikut trend tudung lilitlah.. dengan kerongsang jurai kat tepi :)



Itulah setakat ni cerita Ramadhan tahun ni... Insya Allah lagi seminggu nak raya. Moga kita sama-sama beroleh keberkatan pada Ramdhan ini.

No comments:

Post a Comment