Monday, October 31, 2011

Money Does Matter!

Baca tak cerita pasal sorang mamat miskin kat India ni tiba-tiba menang USD1 juta dalam program Who Wants To Be A Millionaire versi India last week? Bertuahnya dia kan? Tiba-tiba menang duit sebanyak tu sedangkan sepanjang hidup dia miskin sampai nak tengok tv pun kena pergi rumah jiran. Tapi dia menang bukan sebab bertuah saja, dia memang orang yang berpelajaran tinggi jugak.. ada Master tu.. Tapi terpaksa kerja dengan gaji rendah. Cerita dia memang ada persamaan la dengan cerita Slumdog Millionaire tu.


Kalau korang tetiba ada duit berjuta, apa rasanya yang korang nak beli/nak buat? Kalau I, selain bershopping & bertravelling sakan, I nak beli rumah banyak-banyak. Nanti boleh sewakan kat orang. Pastu invest lagi. I dok goyang kaki tak payah kerja. Haha!


Siapa kata 'Duit bukan segalanya?' I setuju separuh je untuk statement tu. Nobody can deny that in today's materialistic world, everything is about money, don't you agree? Tengok je la sekeliling kita. Tak payah jauh-jauh, keluarga dan kawan-kawan kita, macam mana lifestyle masing-masing? Selagi ada duit, selagi tulah nak spend, betul tak? Apa-apa pun, kalau nak berbelanja tu, ikutlah kemampuan masing-masing. Janganlah sampai menyusahkan diri sendiri & orang lain. Jangan sampai berhutang keliling pinggang. Set your priority's right.


I tengok zaman sekarang ni hampir semua orang dah jadi 'brand conscious'. Beli barang brand yang mahal-mahal dah jadi perkara biasa. Tak kisah nak spend duit asalkan bergaya. Tak payah tengok orang lain, diri sendiri pun dah jadi contoh. I pun suka pakai benda-benda branded. Tak kiralah beg ke, kasut ke, baju ke... Tapi kena ada justification jugak bila beli. I jenis yang praktikal. Kalau beli barang selalu fikir praktikal ke tak barang tu mengikut kemahuan I. Tapi apa-apa pun, sebelum beli, kena make sure memang kita mampu dan tak kacau priority kita. Semua orang ada priority in life dan things yang kita nak achieve.


I rasa sekarang ramai orang jadi 'brand conscious' & nak lifestyle yang mewah sebab pengaruh internet. Especially those yang teenage to thirties. Trylah tanya budak-budak perempuan yang tengah belajar kat u or kolej, suka beli baju, kasut or beg kat mana. Zara, Mango, Charles & Keith, Guess, Esprit.. tu semua brand yang biasa untuk diorang. Cuba tengok kat first time parents pulak. Rata-rata semua tak kisah untuk beli sebuah stroller yang harga 2 ribu. I nak beli yang harga 200 pun pikir banyak kali. Baju-baju branded jangan cakaplah. Untuk newborn baby pun sanggup beli sehelai baju harga 100. Kalau cakap pasal handbag, sekarang rata-rata pakai yang branded mahal-mahal. Setakat brand Coach tu, semua orang dah mampu pakai. The original ones okeh. Bukannya yang jual kat Masjid India ke Petaling Street ke. So tak payahlah nak berbangga sangat kalau pakai Coach tu (ni peringatan untuk I sekali ni haha!).


Zaman sekarang yuran tadika anak je dah beratus-ratus sebulan. I masa kecik dulu tadika free je. Parents pun berebut-rebut nak hantar anak ke tadika yang paling established. Itu perkara yang sangat normal sekarang. Tengok budak-budak kat kolej pulak. I dulu dapat elaun MARA 300 lebih sebulan cukup makan, pakai.. siap boleh pegi tengok movie lagi. Duit banyak tu cuba bagi kat budak u/kolej sekarang, dua minggu pun tak gerenti boleh survive. Dengan nak bayar top up credit telefon, internet, makan kat luar, tengok movie, nak jalan-jalan, nak beli barang...


Kalau makan kat luar, makan kat tempat mahal dah jadi biasa. Coffee Bean, Starbucks, Chillis, TGI Friday dah macam makan kat KFC, McDonalds masa zaman I student dulu. I pun teringin jugak pergi kat tempat-tempat ni tapi tak selalu. Kena balance lah kehendak dengan keperluan.


Sebenarnya terpulang pada masing-masing on how they want to spend their money. Gaji titik peluh masing-masing kan.. Ada orang pentingkan lifestyle but not so much on kumpul harta or banyakkan saving. Ada orang yang hidup simple tapi harta punyalah banyakk... I ada kenal someone macam ni. Kawan baik hubby I. Wife dia tak kerja, anak ada 4. Life diorang biasa je. Takde nak bergaya dengan barang branded sangat. Tapi... rumah-rumah dia saja ada dekat 10 bijik. Each cost more than 100k. Caculate sendiri la berapa dia bayar tiap-tiap bulan kan.. Kawan baik I pulak, nak kata hari-hari bawak bekal untuk breakfast & lunch. Jarang sangat bershopping jauh beza dengan kawan dia tuan punya blog ni hehe.. Tapi bila kadang-kadang dia beli baju ke jam ke, terus beli yang mahal. Macam jam harga beribu ke. Tapi yang paling best, dia dah ada 2 bijik rumah. Campur harga dua buah rumah tu 400k tau. But not just that. Cuba tengok saving dia pulak. Berkepuk duit dalam bank tu. And she is still single.


Tapi kebanyakan orang muda sekarang suka lifestyle yang mewah. Hang out kat tempat-tempat mahal. Beli kereta mahal. Rumah sekarang of course la memang harga mahal. Barang semua branded. This is especially true for those yang tinggal kat bandar.


Fresh grads yang baru start kerja pulak, baru je kerja dah boleh beli kereta mahal. I tengok kat company I je la. Baru kerja dah boleh beli Honda City, Vios.. Teringat zaman I mula-mula kerja dulu. Dengan gaji kecik, berapa bulan kumpul baru berani beli kereta. Tu pun beli Kelisa jek. Tapi bulan-bulan menggigil nak bayar :). Tapi starting salary zaman I tak sama dengan starting salary diorang sekarang. That's why sometimes I wonder memang gaji kita tak cukup sebab cost of living tinggi ke atau nafsu kita yang besar.



So in conclusion, untuk satisfy lifestyle masakini dan kehendak kita yang macam-macam ni, money does matter kan?

1 comment:

  1. true indeed la izwa..aku la ni baru mampu pakai coach hang tau dak ..dulu tengok jer la ..awat la depa ni tak sayang duit aaa... dah berapa tahun kerja baru aku mampu wei ..awat depa kaya sangat aaa? musykil gak aku ..kita ni kira dah lama kerja aku paham la ..macam baru2 ni hang beli marc jacobs kan ..aku tak heran ...tapi other people yg baru2 keja tu ...

    ReplyDelete