Monday, September 14, 2009

On The Last Week of Ramadhan

I dah tukar duit raya sekejap tadi. Kat Public Bank bawah ofis ni je. Ada 2 kaunter buka untuk tukar duit raya. Queue panjang tapi cepat. Mula-mula ingat nak tukar kat Maybank sebab nakkan sampul duit raya dia tapi malas la pulak nak melintas jalan. Public Bank punya sampul duit raya tak menarik langsung la. Setakat ni sampul duit raya paling menarik I dapat ialah Deutsche Bank. Kelass sangat. Macam sampul invitation wedding gitu...

Alhamdulillah.. setakat ni puasa I cukup lagi. Ada hari-hari I hampir rasa nak buka puasa, tapi cuba tahan jugak. Ramadhan kali ni sangat challenging la untuk I. Nak kena tahan the sickness yang tak menentu macam roller-coaster tu, rasa sangat tak larat. Kalau hari tak puasa, I bolehla legakan rasa nak muntah tu dengan makan or minum something (I figured out that orange juice is the best cure for my morning sickness!), tapi bila puasa ni terpaksa bersabar je la. Bila habis buka asyik nak muntah. Sama jugak dengan sahur. Luckily I cuma betul-betul terkeluar muntah rasanya tak sampai 5 kali lagi. Luckily, hubby I pandai mengurut. Hari-hari kena urut belakang I nak keluarkan angin. Mabuk kali ni lainlah. I takde rasa pening or senak perut ke bila nak muntah. Tapi kat dada ni rasa banyak sangat gas & kalau nak sendawa tu kena ada cara dia supaya angin-angin tu dapat keluar. Kalau tak asyik uwek je la kerjanya. So, I ni all the time asyik sendawa je. Letih tau.

Last Friday, we received a very good news, the long awaited news. Our management finally announced that we will be getting our big "B" on this Friday. Alhamdulillah.. ringan sikit beban nak keluarkan duit raya tahun ni..hihihi....

No comments:

Post a Comment