Tuesday, December 29, 2009

Cuti-cuti Malaysia @ Melaka

Last Monday dah masuk kerja balik selepas 10 hari bercuti. Bestnya cuti sampai rasa tak nak pergi kerja. Terkebil-kebil jek bangun dari tidur..betul ke keje hari ni.. ke cuti lagi...

Nasib baik Shasha & Sarah dah baik demam before kitorang pergi bercuti ke A Famosa. Tapi nasib tak baiknya, I pulak yang kena batuk-batuk teruk lepas beberapa hari sakit tekak. So, kung kang kung kang all the way to A Famosa and for the whole holiday trip. Sangat tak best ok. Tak boleh nak fully enjoy the holiday. Luckily tak batuk all the time, ada masa-masanya.

This is my second time datang sini. Dulu pergi bawak mak sekali. We went with a group, dengan bebudak ofis hubby, his brother & family and his best friend & family. Sebab ramai, we booked a villa with 4 rooms that can accomodate the 14 of us. We decided to take A Famosa promotional package as it is much cheaper than the usual rate. But the promotion comes with one condition which is, we have to check in only on Tuesday or Wednesday. Well, it's not a big deal for me as we have already plan to spend one whole week for cuti-cuti Malaysia. And my boss doesn't mind I took one week off.

We all bertolak dalam pukul 10 pagi and reached the place about 12 pm+ sebab berenti 2 kali for tapau breakfast la, bebudak nak buang air la.. biasa la tu kalau pergi in a big group. Lepas register, ambik tiket semua, we were told that the villa is not ready for us as the official check in time is at 4 pm and bilik-bilik in the villa belum habis kemas lagi lepas the previous occupants checked out. So we all pergi masuk Animal World Safari dulu.

Bergambar sebelum masuk Animal World. Terserlah ketembamanku..arkk..




Macam-macam jenis spesies ayam ada dalam ni.


Bila tengok kambing ni, teringat alas kaki IKEA.

Kat entrance Animal World Safari tu sempat ambik gambar with a tiger yang memang letak kat situ untuk bergambar dengan visitors. Tengok tiger tu mengantuk je, nak angkat kepala pun tak larat. Agaknya the staff dah inject ubat tidur kot bagi tiger tu lalok so takde chance la rasa nak serang orang kot. Kat safari, bcoz I'm pregnant, tak bolehlah masuk sebab kena naik jip besar tu kan. Dengan kawasan berbukit, jalan terhentak-hentak, karang terberanak kat situ pulak. Sebab dah pernah pergi takde la rasa ralat. Selain dapat tengok binatang, ada banyak show kat dalam tu. Kat animal world tu saja dah spent hours.. sampai makan tengahari pun pukul 4 ptg. Itu pun tak tengok bird show.



Drama koboi.

Malam tu pergi Cowboy Town. Patutnya makan dulu. Based on previous experience, show kat situ sure lama. Tapi sebab memasing lambat bersiap, masuk je dah pukul 8. Mana sempat nak makan. End up dinner nak dekat pukul 12 mlm. Sian Sarah sempat minum susu & makan biskut je. Masa dinner dia dah tido. Shasha pun dah tak larat. Sempat suap sikit je roti canai. Pas tu dia tido. Ye la. Waktu tido diorang pukul 10. Ni dah terlajak sampai pukul 12.

Show kat Cowboy Town.

Show tu banyak tunjuk orang main/makan api. Ala-ala Red Indian punya life. Lepas tu ada parade. Ada tarian, animals talent & macam-macam lagi. Masa parade tu binatang ada, models ada, pondan pun ada. Eeee.. geli makcik tengok guys yang ada misai siap pakai bra dengan panty je. Sib baik Cina. Kot Melayu, makcik dah muntah darah kot. Paling best, persembahan diorang ended with firecrackers show. Cantik.



Auww.. mak geli....

Esoknya, separuh hari dihabiskan dekat Water World. Puas Shasha & Sarah main air. Macam tak mau balik. They really enjoyed themselves. Bila dah habis main, bagi susu kat Sarah terus dia tertidur. Penat sangat la tu. Shasha sebenarnya phobia dengan swimming pool lepas dia dua kali termasuk dalam adult's pool kat apartment kitorang. Mula-mula dia takut masuk dalam air. Lepas tu lama-lama dah tak nak keluar pulak.

Salah satu pool dalam Water World.


Tengah tunggu turn naik cruise.



Cruise di malam hari.


On the night, we all pergi naik cruise. I dah naik pun with my whole family. Dah nama orang Melaka kan. Tapi sebab the others belum pernah naik, kita bawaklah. Sebenarnya bukanlah cantik sangat scenerynya. Tapi saja nak feeling-feeling macam naik cruise kat Venice ke..haha.. Lepas cruising, pergi makan ikan bakar kat jeti Umbai. Jauh tu jarak dari Alor Gajah ke Umbai. Tapi sebab nak makan ikan bakar sedap punya pasal, tak kira.. jauh pun pergi jugak... Kitorang makan kat gerai yang my family and I selalu pergi, kat hujung sekali ke arah Pulau Besar tu. Hubby order punyalah banyak, semua orang tak larat sebab kenyang sangat. Masa tengah syok makan tiba-tiba tengok ada orang ambil jala, terus jala ikan kat tepi gerai makan tu. Masa tu air baru nak mula pasang kat situ. Tengok-tengok banyak jugak ikan dia dapat padahal dia menjala dekat sebelah meja makan kitorang je and air kat situ adalah paras betis je. Berkerumun orang tengok ikan-ikan tu.



Sarah tengah melompat ke dalam pool di villa.

Esoknya, checked out. Kena checked out before 12 pm kalau tak nanti kena bayar extra pulak. Sebelum tu, on that morning, the girls mandi kolam kat villa tu dulu with dad and their friend, anak kawan baik hubby. Seronok tengok Sarah berenang terketik-ketik dah macam katak pulak..hihi.. Langsung dia tak takut melompat masuk dalam pool tu. Shasha siap kena pegang dengan ayahnya. Kiranya my kids memang puaslah main air dalam A Famosa ni. Tapi ada satu perkara yang buat we all tak puas hati sikit with A Famosa. Masa checked out tu we all kena bayar extra RM30 sebab one of the towels kotor sebab digunakan untuk lap air teh yang tertumpah. The management bagi reason susah nak cuci. What..?? Kotoran tu rendam dengan Clorox kejap pastu brush sikit je dah boleh hilang apa. Dah alang-alang kena bayar tu, my hubby terus ambik towel tu bawak balik. Tapi I musykil sikitlah, macamana masa we all checked out tu towel kotor tu dah boleh ada kat situ. For your information, jarak antara our villa dengan tempat check out tu jauh juga, kiranya kena pakai kereta jugaklah. Masa keluar dari villa, towel tu still ada kat dalam villa. Macamana masa check out dah boleh ada kat registration counter tu ye? Hmm.. sangat musykil..

Lepas check out, pergi menuju ke Air Keroh untuk main go-cart. Bukan I la.. but the guys.. Masa ni la nak tunjuk bakat racing ala Michael Schumacher. My hubby starts as second but finished as the sixth. Haha.. tak terror racing la tu. Habis racing, my family and I balik kampung I la apalagi. Yang lain-lain balik la rumah masing-masing.

Ready semua..?

Overall, we had a good time. I recommend la korang yang tak pernah pergi A Famosa tu, boleh la try pergi. Sebab kat situ full of activities. But I think 3 days 2 nights dah cukup untuk spend kat sana. Lepas tu jalan-jalanlah sekitar Melaka. Ada banyak tempat menarik. Air Keroh ada macam-macam. Tempat racing go cart dia pun besar. Pastu pergilah Banda Hilir. Ada Eye On Malaysia, Menara Taming Sari, cruise, muzium, Dataran Pahlawan dan macam-macam lagilah. Eh..eh.. dah macam promote negeri sendiri.. :)



Next, maybe this coming January bak pergi ke Kuantan pulak.. pergi Cherating jugak la nampak gayanya. Bukan apa, my hubby actually ada membership Swiss Garden. Swiss Garden ada bagi free bilik kat mana-mana hotel dia tapi dengan syarat kena pakai sebelum end of Jan 2010. Kebetulan my hubby's good friend ada bagi free tickets to a new Water Park dekat-dekat Kuantan, so we plan to go there maybe on the second week of January.

Eh..eh.. esok dah masuk tahun baru lah! happy New Year everyone!! Azam korang tahun ni dah tercapai belum?

2 comments:

  1. Berjln la sepuasnye sblm beranak..ahaks.Go kart tu cam menarik..kat mane ehh..rate dia camne.

    ReplyDelete
  2. Ye Kong.. masalahnya bila banyak sangat berjalan sakit pulak badan aku ni.. Go kart tu kau akan nampak tak sampai 5 minit lepas masuk tol Air Keroh, kat sebelah kanan. Tapi sebab dia international standard, mahal sikit la. RM50 per person, complete round. Tapi kalau tak silap dia ada package jugak kalau interested. Eh, kau dah habis pantang ke belum? Congrats for the third baby yek.. aku nak saing dengan kau la ni..

    ReplyDelete