Monday, March 1, 2010

Happy 7th Anniversary

Hari ni anniversary kitorang yang ke 7. Dah 7 tahun dah I kawin rupanya. Anak pun dah nak masuk tiga. Rasa diri ini dah semakin tualah...

Konon dulu nak pilih tarikh 03/03/03 tapi tak dapek la pasal tu hari Isnin. Sebab we decided untuk nikah on Saturday & kenduri kat pihak lelaki esoknya, dapatlah tarikh tu. Dah KL-Melaka je kan... berapa kilometer sangat la... Lagipun jimat masa.

Yang kelakarnya, both hubby and I pagi tadi tak teringat pun hari ni anniversary kitorang. Sib baik masa on the way nak pergi kerja, DJ radio announce hari ni 1 Mac, barulah dua-dua teringat & tergelak sebab masing-masing lupa nak wish each other bila bangun tido pagi tadi. Dah sibuk dengan macam-macam benda, boleh lupa. Sib baiklah masa tu dah hantar our girls pergi kindy so time wishing each other tu takde la soalan-soalan daripada si kecik especially Sarah yang tak habis-habis dengan kenapa..kenapa...? Penat nak menjawabnya.

Sepanjang 7 tahun ni, dah macam-macam pengalaman dilalui bersama. Paling hebat cabaran long distance dengan hubby. Masa kahwin tu, I still attached dengan ofis kat JB and my hubby kat KL. Sampai anak 1st dah masuk umur setahun, baru I dapat pindah KL. And to tell the truth, we all bercinta tak lama. Rasa tak sampai pun setahun. Bertunang pun tak lama, tak sampai 6 bulan. Tapi agaknya dah jodoh, everything macam smooth aje.

Nak wish him, he's not aware of the existence of this blog. Hihi... Saja tak nak dia tau.

Our happy family.



Happy Anniversary to both of us. Semoga jodoh kami kekal hingga akhir hayat dan dianugerahkan Allah dengan kebahagiaan yang berpanjangan.


p/s : BTW, I dah tau kenapa blog I hari tu macam kena tukar content dia. Sebenarnya I tertekan button 'translate'. Tu yang jadi haru biru tu. Saja je buat havoc. Ngeh..ngeh..ngeh..

4 comments:

  1. Happy 7th anniversary..alhamdulillah masuk tahun ke 7, anak dah 3..Amy pun nak masuk 7 dah December nih tapi anak zero :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Amy... Tak apa.. belum ada rezeki lagi insya Allah tak lama lagi tu.. Apa-apa pun kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang kan..

    ReplyDelete
  3. Happy Anniversary izwah... semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.. di berkati & di rahmati Nya

    ReplyDelete