Tadi buat check-up. Doc said baby dah 2.6+. Sebelum ni 2.3+. Alhamdulillah.. He's growing well. My both girls dulu lahir pun comel-comel je. Ikut baka ibu ayah diorang la..haha..
I tak siapkan lagi beg kelengkapan bersalin & berpantang kat kampung. Memang serious tak sempat. I have to take one day leave next week semata-mata nak siapkan beg. Kadang sedih jugak rasanya sebab di saat-saat ni patutnya I kena lebih rest, tumpukan perhatian untuk new baby. Tapi sebab hubby is super duper busy, I kena uruskan rumahtangga 24-7. Even on weekend pun tak sempat buat apa, sibuk dengan house chores dan keluar cari barang-barang. Dah sebulan suruh hubby kemaskan stor untuk cari barang-barang baby yang kitorang simpan pun dia tak sempat buat lagi. Sekarang ni pun sikit-sikit I cuba sediakan yang perlu, dengan jalan pun terkengkang-kengkang. Kaki ni lately selalu sakit. Seksa nak berjalan. Pastu nak melayan anak-anak lagi. My girls dah la jenis manja. Apa-apa pun asyik nak ibu dia saja.. Dengan bergaduh, merajuknya.. haduiii...Tak boleh I lebihkan sorang, yang sorang lagi sure merajuk.
Diam tak diam, lagi kurang 20 hari je lagi I nak bersalin. Sometimes rasa tak sabar. Sometimes rasa panic. Sometimes rasa sangat happy. Sometimes rasa takut & seriau.
Seriously, I dah lupa macamana cara nak deliver baby. Agaknya sebab jarak dah 4 tahun. Lagi satu, I sangat-sangat takut dengan rasa sakit bersalin tu. Huwaaaa....nak kena lalui lagi sekali the horrible pain tu, mak sangat susah hati. Apa-apa pun I dah warning hubby, mesti ada sebelah I throughout the delivery process, no matter what. Kalau tak, I tak nak bersalin. Buleh?
To tell the truth, all of my pregnancy experinces tak semudah macam sesetengah lucky mothers out there. From the 1st month after conceived, sampailah habis pantang, I tell you, banyak betul dugaannya.. Tapi... gigih jugak tu sampai anak nak masuk 3 orang..:). Boleh tak kalau nak anak kandung sendiri, tapi tak payah pregnant & bersalin.. haha..
Masa anak 1st, I mabuk teruk jugak sampailah bulan kelima, if I'm not mistaken. Masa ni macam-macam jenis bau I tak tahan. Be it bau menumis, memasak, bau sabun, bau asap, bau badan orang even I can't stand my own husband. Sangat kesian pada hubby. Walaupun dia tak ada body odour, I rasa macam dia tu busuk.. haha.. memang tak bolehlah... Asyik-asyik nak termuntah..hadoii.. Mabuk sebab angin dalam badan pun ya. Masuk bulan kelima, mabuk dah ok. Tapi lepas tu dalam bulan ke7 badan asyik sakit-sakit. Masuk bulan ke9 lagi la asyik sakit badan. Kurang kalsium agaknya. I ni memang susah nak minum susu. Setiapkali minum rasa nak termuntah.. nak buat macamana. Tapi cuba ambik jugak susu tu walaupun tak cukup. Biasanya I ganti dengan fresh milk pasal susu-susu untuk orang pregnant ni memang sangat tak sedap rasanya...
Sebab kitorang long distance, terpaksa la I lalui susah payah pregnant tu sorang-sorang. Masa weekend je la ada hubby. Selalu nangis bila tido malam. Sedih sangat hubby tak ada kat sebelah di saat-saat I perlukan dia. Kawan-kawan je la yang banyak bagi semangat. Bila dah nak sampai tarikh bersalin, I minta cuti awal. Tup tup.. hubby pulak yang masuk hospital dulu. Nak tahu kenapa? Tetiba dia kena denggi. So, instead of dia jaga I, I pulak yang kena jaga dia kat hospital. Doktor bagi I tidur kat sebelah katil yang kosong. Bilik tu ada 2 katil. Admitted kat Ampang Puteri, hospital sama I bersalinkan Sarah. Tiap-tiap malam I teman dia tidur. Boleh bayangkan tak I masa tu risaukan hubby at the same time risau pasal nak bersalin. Dugaan betul. Dalam 2 hari kot lepas dia baik, I pulak masuk hospital nak bersalin.
Masa delivery, start sakit daripada petang dalam pukul 3 kot, tak ingat. Masuk hospital pukul 9 malam. Bersalin pukul 4 pagi. 7 jam I duduk labour room. Sib baik doc I tu baik sangat dengan bersabarnya temankan I sampailah I bersalin. Prof Zaleha nama dia (HUKM private wing). Best betul dia ni. Tapi labour room tu sejuk gila. I pulak sebab 1st experience, terlupa pulak nak kena bawa baju sejuk & stokin. Takde siapa pun yang ingatkan termasukla my MIL padahal singgah dulu rumah MIL sebelum pergi hospital. Dia pun dah lupa agaknya. So terpaksa la I menahan kesejukan yang amat sampai mintak 5 helai selimut daripada nurse. Doc kata I nak bersalin lama lagi and dia kata I patut ambil epidural sebab takut I tak boleh tahan sakit lagi berjam-jam lamanya. Daripada start masuk room tu I dah asyik nangis tak tahan sakit. Pukul 2 ke 3 pagi doc dah risau sebab I dah demam. Tengok baby punya heartbeat dah macam tak ok, doc kata kalau kejap lagi tak keluar, kena operate je lah... Panik, risau toksah cakap la. Energy pun macam dah takde dah. Last-last, baby pun nak keluar tapi doc takleh tunggu lama, nampak je kepala baby terus divacuumnya. So, keluarlah Shasha melihat dunia ini. Betul-betul on the EDD. Shasha tak menangis pun. Diam je tapi mata terbuka. Doc kata muka dia sebijik ikut muka ayahnya. Bila doc bersihkan dia, barulah dengar dia menangis. Anak ibu dah selamat dilahirkan.. Masa ni I macam sedar tak sedar dah... Dah tak ada energy dah. I sedar lagi masa ditolak keluar dari labour room tu tapi lepas tu terus terpengsan kot. I tertidur lama.. without baju sejuk & stokin. Hubby mana la tau nak kena buat apa. Effectnye terasa betul masa & lepas pantang, badan selalu rasa bisa macam dicucuk-cucuk. Angin. Seksa tau.. Itulah sebabnya orang kata masa anak 1st ni macam-macam kena jaga. Macam-macam pantang larangnya.
For the second baby, better sikit daripada 1st one. Tak ada alahan pada bau tapi badan berangin tu still ada. Susu still susah nak minum. Masuk 7 bulan lagilah bertambah seksanya dengan sakit-sakit badan. Masuk 8 bulan, nak jalan pun dah tak larat sebab kaki sakit & rasa perut sangatlah berat. This time, I check up & deliver dekat Ampang Puteri. I like the facilities there but unfortunately doc is not so good lah. Tak berapa friendly. Masa delivery, doc induce. Sebabnya masa check up bila doc tanya movement baby, I told her I think the movement is a bit slow. But the truth is, I pun tak berapa sure. Maybe perasaan I je rasa macam slow. But the doc insisted untuk induce sebab concern on the baby. Besides, on the EDD tu doc is not around, so dia buat induce the day before EDD. Sarah lahir sehari sebelum EDD. Bila dah kena induce tu sakitnya mak aiii... sampai I couldn't talk or moved.. Air mata je meleleh kat pipi menahan sakit tu.. Masuk wad pukul 5 pagi, dalam pukul 12 tengahari Sarah lahir. Ayahnya dah kelam kabut nak semayang Jumaat lagi masa tu. Doc pulak sibuk pergi sana sini pasal ramai pulak nak bersalin hari tu. Dan dan Sarah nak keluar kepala, doc pun masuk. Sib baik sempat.
Tapi my friends kata I nampak ok & kuat for both pregnancies compared dengan ada kawan-kawan lain di ofis. Huh.. diorang tak tau.. orang yang menanggungnya ni tak larat tau..
Come to the third pregnancy, experiencenya lain sikit. Awal-awal lagi I dah kena demam teruk. Ada ceritanya dalam one of my entries. Tapi lepas tu jarang demam or selsema batuk. Tapi masa awal-awal tu badan rasa macam penat sangat. Yang peliknya, I susah betul nak dapat MC. Doc kata I looked ok. Even my colleague (lelaki) kat ofis yang nampak sangat sihat & sempat smoking sebelum jumpa pergi klinik, tiba-tiba boleh dapat MC on that day dengan alasan rasa tak berapa sihat. I yang nak berjalan tak larat ni boleh tak dapat MC. Sangat tidak adil di sini. Serious.. kawan I tu big guy, looks very healthy, kuat smoking, memang kuat punya orang.. tapi MC dia rasanya dah 10 hari for last year only.. (ke lebih lagi..). I punya MC throughout pregnancy just 2 kali. Itupun yang 2nd MC doc klinik bagi sebab dia nak suruh I check baby punya heart rate bila I rasa macam baby kurang gerak.
Serangan angin masa 3rd baby ni lagi teruk. Sib baik la dapat hubby yang pandai mengurut. Lega sikit. Tapi sakit-sakit badan tu kurang compared to previous pregnancies. Emotionally pun lebih ok. Rasa baby lagi lasak. Bila dia menendang tu sakit tau.. Agaknya tak sabar nak keluar tengok dunia ni.
Ikutkan tak larat, memang nak cepat bersalin. Tapi sebab rasa macam tak berapa ready, biarlah I bersalin on the EDD, macam masa my girls. Sangat-sangat berharap semoga I dapat bersalin dengan mudah dan selamat. Amin.
I pun doakan..Amin
ReplyDeleteJgn stress sangat Izwa. Everything will be ok.
ReplyDeleteThanks Amy & Nomee.. Biasa la bila dah dekat bersalin ni, hormon lagi tak berapa ok. Hihi..
ReplyDelete