Thursday, July 1, 2010

Mari Kita Beryoga

Semalam pergi massage tengok spa tu dah jadik lain. Punya la lama tak datang, tempat dah tukar, nama pun dah berubah. Dah tukar owner la tu. Sekali tengok tak buka lagi. Aiseh.. camane boleh tak sedar I sampai 1 jam awal. Takkan nak tercongok sejam kat waiting area tu. Oleh kerana Pavilion kat sebelah belakang bangunan tu aje, apalagi... marilah kita pergi mengukur bangunan Pavilion itu. Tengok Gap dengan Pumpkin Patch ada sale la. Ada la sambar beberapa helai baju kat Gap untuk baju raya anak.


Bila sampai kat spa, tengok I punya tukang urut pun dah tukar kakak lain. Kakak yang selalu urut I dulu tu dah berhenti rupanya. Tak apalah. Kakak yang ini pun ok jugak cuma urutannya sakit sikit. Kalau yang dulu mengurut sure I akan tertidur sebab lembut & best. Tapi baguslah untuk badan. Maybe dia bagi urutan tu sebab tau I baru lepas bersalin. Dia ada bagi few comments. Dia kata tulang belakang I bengkok sikit pas tu belakang badan sebelah kiri uratnya tak elok banding sebelah kanan. Bila dia picit sebelah kiri I rasa sakit tapi sebelah kanan tak. Dia kata one of the reasons maybe the way I walk, posture badan tak betul, masa bersalin banyak duduk daripada baring. Semua yang kakak tu cakap betul. Lagipun I suka sangat angkat barang berat guna sebelah kiri & suka sangat duduk silang kaki. Tu semua tak bagus untuk badan. Dia kata dalam 3 - 4 hari lepas urut keadaan badan I akan jadi balik semula macam sebelum urut. So dia suggest kalau I tak ada masa nak mengurut, cuba practice yoga. Amboih.. nak kena belajar yoga la pulak lepas ni.


Eh, Sogo ada baby fair best jugak. Branded punya barang like Combi, Graco, Bumble Bee, Lamaze dll on discounted price. I beli mainan Lamaze untuk Izzat kakaknya pulak yang lebih-lebih main. Strollers murahlah..

No comments:

Post a Comment