Wednesday, October 27, 2010

1st Experience Mengambil Bibik

Bila rasa nak update, tak ada masa... Bila ada masa, rasa malas pulak... Apa nak jadilah..


Macam yang I dah bagitau, I dah dapat bibik. So sekarang ni hari-hari nak pergi kerja tak adalah kelam kabut sangat walaupun hubby tak ada sebab bila mandikan the girls untuk pergi nursery, baby Izzat boleh pass kat bibik & bibik pun siapkan breakfast for the girls. Bila balik dari office takdelah terkejar-kejar sangat nak balik sebab Izzat dah ada kat rumah, Sarah start next month which is on next week dah tak payah hantar nursery. Cuma for Shasha ni tak decide lagi sebab bulan depan separuh bulan pertama tu kena pergi kindergarten lagi sebab school holiday only started on 17th (Raya Haji). Bila tanya teacher dia pasal fees, teacher kata kena bayar full jugak eventhough datang separuh bulan je. Tapi Shasha punya konvo hari Sabtu ni, so buat apa pergi sekolah lagi ye..?


Berbalik kisah bibik, I sebenarnya ambik bibik ni straight daripada ejen kat Indon. Sebab I fikir risiko ambik through local ejen pun sama je kena tipu baik I ambik dari sana sebab feesnya lagi murah, ada 3 bulan guarantee & gaji bibik pun tak payah bayar 2 bulan. Compared to local agent sekarang kena bayar RM8k, for the Indon agent, I just have to pay RM3500. So at least kalau kena tipu takdelah hangus RM8k ok. Tapi bear in mind, you have to go through all the hassle untuk dapatkan approval immigration, ambik sendiri maid kat Port Klang, buat Fomema & submit ke immigration semula. Tapi kalau buat benda tu semua you'll save RM4k instead of guna local agent yang uruskan semua.


I was introduced to this agent by one of my friends in my company, who happened to use this agent everytime she needs to get a maid. So far rasanya dah 4 orang maid dia dapatkan through this agent and three of them turned out well. Lagi sorang tu dia tukar sebelum habis tempoh 3 bulan percubaan. Sebab dah ada testimonial, and because I desperately need to get someone to help me taking care of the children and the house while hubby is away, I just grab this opportunity. Why not give it a try since there is a need and the cost is affordable.


So bila I contact that agent, dia poskan document the maid for me to submit to immigration. So bila buat benda ni ada la experience yang tak elok sikit dengan orang immigration ni. Biasa la kan.. tu la sebabnya public selalu pandang rendah kat pekerja government ni.. ada je hal nak menyusahkan orang :p Tapi alhamdulillah semuanya ok. Tapi tetiba maid ni tak sabar-sabar pulak nak datang. Kitorang tak readykan lagi biliknya. Tetiba agent bagi sms yang I baru baca pukul 3 pagi, dia kata maid tu dah nak naik feri pagi Jumaat tu. I was like, biar betulll.. Macam mana I nak ambik cuti or time-off. Bos pun tak ada. Hubby I dah la tengah outstation and I tak pernah seumur hidup drive sendiri ke Klang. Sekarang pun drive setakat pegi balik kerja je.. Haih..


Bila I consult kakak yang recommendkan agent tu, dia kata tak payah rushing. Lepas kerja pun boleh ambil. So I pun relaks je la. Tapi tak terfikir pulak I kena balik rumah dulu sebab tertinggal dokumen yang diperlukan untuk ambik maid tu. Sudahnya lepas kerja I kena balik rumah dulu ambik dokumen & bertolak ke Klang pukul 6.30 petang. Nasib baik la ada adik ipar yang duduk kat Klang so I mintak tolong dia tunggu kat mana-mana untuk tunjuk jalan pergi Port Klang. Punya la gamble je drive dengan tak tau nak masuk jalan mana. Just follow sign board je tapi sign board pun ntahapahapa. Kejap kata nak pergi Klang masuk sini aleh aleh pastu dah takde signboard Klang. So ada la I termasuk kat dalam kawasan bandar Shah Alam sib baik lepas tu jumpa signboard Klang balik. Dah la malam malam mata tak berapa nampak lampu kereta belakang tu jauh ke dekat. Sib baik la berjaya juga sampai ke Klang without tersesat. Jumpa adik ipar kat Bukit Raja and then follow dia pergi Port Klang.


Punya la jauhhhhh Port Klang tu!! Sib baik la I tak bawak my kids sekali. Kalau tak, stress! Diorang dok kat nursery sampai malam. Kesiannn.. Bila nak ambik maid tu, sekali lagi experince tak elok dengan immigration. Hampeh betul officer kat situ. Belagak sangat..aku tampa kang... Eh..eh..emotional pulak..


Akhirnya bibik & me selamat sampai ke rumah. Ambik anak-anak dulu kat nursery.. sian tengok Izzat dah tertidur. Sib baik the girls dah makan. My mom pulak, bila tau je bibik dah sampai, esoknya terus datang rumah I pasal dia nak tengok bibik tu kerja macam mana dalam seminggu, ok ke tak ok. So setakat ni nampak oklah.. I pun bukan jenis cerewet sangat. Lagipun kat rumah dah pasang kamera yang kita boleh tengok through internet. So dari office I boleh tengok la maid tu keje macamana.


Sebab my mom sekarang duduk seminggu kat rumah I, dan bibik hari-hari mengemaskan rumah, hidup sangatlah bahagia... Dapat makan sedap-sedap mak masak, rumah dah bersih. Kiranya bila I balik just layan anak & siapkan beg sekolah diorang je la. Dapat relax lebih sikit... Indahnya hidup... Tapi sekarang ni I tengah diet, sepatutnya takleh makan banyak. Peduli apa... bila lagi nak dapat makan sedap macam ni. Hihi... Tapi semalam dengan hari ni I puasa.. Di samping kena ganti puasa, kena control jugak kalau tak badan naik lagi ouwh I tak rela...


Korang bila lagi nak ambik bibik?

2 comments:

  1. Wah.... dah kira sangat bagus ni. Urus pengambilan maid sendiri, mak datang monitor kat rumah seminggu, masak sedap-sedap, ada CCTV direct link to anywhere, maid pulak so far so good. Hal hal imigresen tu lupakan saja lah. Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian kan?

    ReplyDelete
  2. Hehe..betul tu. Sekarang zaman moden through hp pun kita boleh monitor maid tu. Oleh kerana hari-hari makan sedap, perut pun makin naik.. haihh.. tak boleh dibiarkan..
    Kau bila due? Dah tau boy ke girl?

    ReplyDelete