Thursday, November 11, 2010

The Office Ghost aka Hantu Pejabat

Warning : Entry ini adalah di bawah kategori 18sg. Sesiapa yang penakut, tidak dibenarkan membaca entry ini. (Macamlah berani sangat.. I pun penakut jugak..haha..!).



Korang pernah jumpa hantu?


Baru-baru ni ada jamuan makan kat department I. Sambil dok makan tu macam biasa la keluar la macam-macam cerita, gossip dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Tengah dok syok cerita tiba-tiba je terkeluar cerita H.A.N.T.U. ni. Lepas tu dalam FB pulak esoknya, I punya school group tetiba pulak suruh share citer hantu ni.


Hishh.. I ni bukan suka sangat dengar cerita pasal benda nih. Bukan apa.. dah namanya penakut tu.. nanti kat rumah, kat ofis or kat mana-mana nanti bila I dok sorang-sorang nanti sure teringat-ingat cerita hantu ni. Tapi bila dengar semua bercerita, naik syok jugak..hehehe...


Tapi saja je la nak citer kat u all kan apa yang I pernah experience pasal Hantu Pejabat ni. Kenapa I panggil hantu pejabat? Pasal dia ada kat ofislah.. dok mengusik manusia yang datang kerja. Memangla hantu ni ada kat mana-mana dan bagi I benda-benda jahat yang kita tak boleh nampak like syaitan, iblis, jin or roh jahat, semuanya hantu.


Dalam ofis I, staff tak ramai. Pernah satu hari ni, I kena balik lambat sebab nak siapkan something. Kebetulan yang lain semua balik awal. Masa tu baru nak pukul 6 petang. Office mate depan I sebelum balik dah switch off PC dia termasuk la power point kat bawah tu. Tengah I dok sibuk menaip, tetiba je PC office mate I tu boleh start as if macam someone tengah pakai. Haduii.. Memula I ingat PC tu rosak ke apa. Sekali siap ada bunyi klik klik macam orang tekan mouse. Hiyyaaaa!!!!! Ini sudah lebeyy... Saja nak menakutkan I la tu! Apa lagi... tanpa sempat tutup PC, I pun sambar beg tangan dan berlari keluar dengan sepantas kilat. Tapi sempat punch out tu sebab I kan staff yang berdisiplin..(hahaha!).


Kawan sebelah I pun pernah cerita, kalau dia balik lambat, mesti ada dengar bunyi-bunyian kat dalam ofis yang menaikkan bulu roma. Ada sekali dia biarkan aje bunyi tu sebab memang nak kena habiskan kerja cepat. Sekali dia terasa macam ada orang datang duduk betul-betul depan dia. Walau pun tak nampak, kita boleh rasa the existance of someone or something kan. Dia pun apalagi.. berdesup la lari keluar. Kang tak pasal pasal pengsan sensorang dalam ofis, esok pagi baru orang jumpa.


So we all assume that T.H.I.N.G. maybe marah sebab kitorang tak balik-balik lagi. Sekarang turn dia pulak nak kerja. Hantu pun kerja jugak kot macam kita, eh?


I remember masa I was based in JB, ada 2 experience yang lagi horror. 1st, masa I terpaksa stay back sebab nak kena siapkan report nak submit esoknya. Dah maghrib dah masa tu. Semua orang kat floor tu dah balik.


Tengah buat report, tetiba je dengar bunyi orang selak-selak kertas, bunyi orang pakai stapler & bunyi orang berjalan kat sebelah sana. I dah rasa takut dah. Tapi cekalkan jugak hati nak siapkan kerja. Sekali.... terasa macam ada orang tengah perhatikan I. Haduiii... bulu roma berdiri tak usah nak cakaplah... Kelam kelibut I tarik handbag, lari ke pintu keluar. Tapi.. masih sempat jugak punch out. Nanti apa-apa hal ada bukti I tinggalkan pejabat pukul berapa kan? :)


2nd case, ada sekali tu I was rushing from my department nak pergi G floor. Takde bawak hp sebab ingat kejap je. So I pun masuk lif yang nak turun ke bawah & tekan butang G.


Pintu lif tertutup. Tapi lif tu tak bergerak-gerak. Tiba-tiba je, instead of turun bawah, lif tu naik atas. I dah rasa panic. I tekan la butang suruh stop & buka pintu lif. Tapi lif tu terusss je bawak I naik. Korang tau sampai tingkat berapa? Lif tu akhirnya berhenti kat tingkat paling atas sekali dalam bangunan tu. Tiba-tiba pintu lif terbuka. Tingkat paling atas tu tak ada siapa yang occupy so keadaan adalah gelap gelita sebab tak ada lampu yang dipasang. Sib baiklah ada cahaya daripada tingkap sebelah tepi so nampaklah sikit.


I tekan tekan emergency button, tak ada siapa pun yang attend. Tekan-tekan button tutup pintu lif, pintu tak mo tutup. Tekan suruh turun bawah pun tak nak turun bawah. Sudahhh... dah la tak ada hp nak call sesapa. Nak keluar takut. Nak duduk dalam lif pun takut jugak. Nak nak masa tu tengah popular cerita hantu The Eyes yang ada scene hantu dalam lif tu. Lagi la makcik rasa nak terkencing. Dah la masa tu period la pulak tak leh nak baca-baca ayat Quran tapi I hentam baca jugak pasal dah darurat.


Dalam 10 minit lif tu macam tu jugak, I got no choice, kena keluar jugak carik tangga turun. Walaupun kat luar tu gelap, terpaksa jugak la. At least ada la effort kan daripada biar je. Elok je I keluar, pintu lif tertutup. Hantu betul. Tekan tekan tak mo bukak, I nekad cari tangga. Baru je langkah berapa tapak, pintu lif terbuka balik. Dah rasa berbelah hati nak masuk lif ke nak carik tangga. Last-last I masuk balik lif & tekan turun bawah. Alhamdulillah lif tu terus turun G floor. Sampai je kat bawah punya la rasa lega. Tapi sakit hati betullah. Saja je hantu ni mengusik I tau.

So tu la ceritanya experience I dengan hantu ofis ni.

Eh... lupa la pulak malam ni malam jumaat. Hallamaaakkkk....

2 comments:

  1. Aku pun penakut tapi baca jugak. Ya Allah IZwah yg dlm lif tu yg paling ngeri. Kalau aku, mau terkencing kat situ or nanges. Mmg aku takkan kuar dari lift tu kalau dah gelap camtu. Minta simpang la tak jadi kat aku..uhukk.

    ReplyDelete
  2. Tu la.. Jahat betul hantu tu agaknya dia dah aim nak kenakan aku agaknya. Kau bayangkanlah masa tu petang dalam pukul 3 kot ramai lagi kat ofis tu. Aku tak teringat nak bawak hp pulak masa tu, biasanya aku bawak pegi mana-mana.
    Kalau aku tak keluar dari lif, aku takut sampai bebila aku tak dapat turun. Bila keluar pulak, kot dikidnapnya aku tak ke haru. Nasib baiklah tak jadi apa-apa kat aku.. fuhhh..

    ReplyDelete