Saturday, February 5, 2011

Terkenang Semasa Dulu

Korang cuti panjang tak raya cina ni?


I start cuti dari Selasa lepas. Rabu dah memang cuti hari wilayah. I & family pergi jalan-jalan kat Genting Highlands. Mula-mula nak pergi Singapore. Tapi lepas tu tak jadi pasal geng-geng yang nak pegi macam tak nak pergi. Apa la korang.. orang nak sponsor pun jual mahal.. Buat rugi jekkk... Tapi tak apalah.. sebab I pun sebenarnya takde passport. Haha.. Sebenarnya dulu ada. Tapi lepas tu agaknya sebab I protest, merajuk tak dapat fly pergi US, I pun hilangkan passport tu. Tah mana mana tah perginya. I was told kalau nak buat baru kena buat report polis dulu. Tapi disebabkan passport I tu dah pun expired, so takdelah lama nak membuatnya. Apa-apa pun dah tak jadi pergi Singapore, postpone lagi nampaknya nak buat passport ni.


Kat Genting tu punyala ramaiiiii orang! Dan seperti dijangka, sangatlaaa sejuknya..! Yang I heran tu, kitorang pergi time cuti raya cina, tapi kat Genting tu Chinese yang ramai. Tolak tourists negara lain, 90% chinese kat situ. Agaknya chinese zaman sekarang dah tak celebrate raya diorang lagi kot. Cuti buat habis pergi jenjalan & main judi :)


Sekarang kan musim hujan, so kat Genting tu apalagi bertambah-tambahla sejuknya. Bilik hotel yang purposely tak ada air cond tu pun sejuk gila sampai berlapis-lapis selimut kitorang pakai. Masa kitorang have fun kat indoor, bibik I yang kena tunggu kat stroller sampai demam-demam dibuatnya menahan sejuk. Haha.. tu la orang dah pesan bawak baju tebal-tebal tak nak...


Balik dari Genting singgah rumah dulu, basuh baju, tido satu malam & esoknya balik kampung pulak. Jalan punya la jem aduhaii... Ingatkan jem pasal kereta banyak sangat. Rupanya banyak sangat accident. Memula ada lima bijik kereta berderet berlanggar. Sape yang kat tengah tu nasib la jadik sandwich. Pas tu ada lagi satu pulak accident bas transnasional melintang kat laluan sebelah (Melaka-KL). Rupanya bas tu di laluan KL-Melaka tah macamana boleh terbabas ke seberang sana. It turned out rupanya tayar bas pecah but nasib baik bas tak berapa laju & kereta tak berapa banyak masa tu so tak ada kemalangan jiwa berlaku & bas tak sampai jatuh ke gaung (lagi berapa kaki je nak masuk gaung tu). Ni my sister yang cerita pasal rupanya kereta dia ada kat belakang bas tu masa bas tu accident. Sib baik diorang selamat... Alhamdulillah...


Kakak I rupanya balik kampung sebab nak attend reunion sekolah rendah batch dia. Actually I pun sama satu sekolah dengan kakak I. Kitorang sume adik beradik sepupu sepapat semua sekolah situ, dah namanya duduk kampung. I remember, masa sekolah rendah dulu, I dengan kakak I famous ..haha.. Kakak I famous sebab dia cun so yang guys sume berangan nak jadikan dia awek (dulu-dulu orang suka guna perkataan 'cun' ni compared with cute/cantik). Yang adik-adik berangan nak jadikan dia kakak angkat. I pulak, tak cun pun.. tambah pulak masa kecik ada problem mata sensitif so kena pakai spek sampai la ke besar. So nampak nerd la. Tapi I famous masa tu sebab I paling pandai kat sekolah (dulu je la...) Tiap-tiap tahun dapat nombor satu kecuali masa darjah 4. Tu pun mak dah berleter sampai nak pecah telinga ni. Masa darjah 6 kena jadi Ketua Pengawas pulak. Biasanya lelaki yang jadi Ketua Pengawas. Agaknya dah tak ada calon lain. Tapi tak tahulah kenapa ye lama-lama kepandaian tu jadi deteriorate. Masa form 1 - form 3 ok lagi, tapi lepas tu I rasa I jadi makin lembap. Hehe.. I tak sure kalau peristiwa sedih masa I form 3 dulu jadi penyebabnya.


Masa I form 3, abah I meninggal dunia. Serangan jantung. Tu first time dia kena, terus... Masa tu tak silap lagi 2 bulan I nak SRP. I tak boleh terima kenyataan masa tu. Sebab abahlah orang yang I paling sayang dalam dunia ni. I tak boleh belajar langsung. Lagi 2 minggu nak SRP barulah I try baca buku & ingatkan semua benda yang I dah belajar. Nasib baiklah, dengan izin Allah, I dapat result ok & masuk Science Muar. Tapi lepas tu macam-macam jadi dalam hidup I ... macam-macam dugaan... Walaupun begitu, nasib I masih baik, dapat result yang membolehkan I masuk U. I planned nak further study to US so I apply ADP & dapat. Walau pun tetiba dalam dilema sebab nak pergi UIA jugak. Tapi sebab ADP dah hantar telegram dulu, so I pergi la ke PPP. Tapi last-last tak dapat jugak fly sebab masa tu ekonomi tak mengizinkan.. kitorang jadik first batch yang tak dapat pergi, so I continue locally je la.


Apa-apa pun, I bersyukur hidup I makin bertambah baik. Setiap apa yang terjadi mungkin ada hikmah tersembunyi. Kita kena sentiasa bersyukur atas apa yang telah dianugerahkan tuhan.


Eh, tetiba entry sedih pulak. Hari pun dah larut malam. Mari kita tidur dulu...

No comments:

Post a Comment