Sunday, March 27, 2011

Rumahku Nyaris Kena Masuk Pencurik...

Jumaat lepas I ambik half day pasal mak balik dari umrah. Pastu ada buat kenduri kesyukuran sikit kat rumah kakak. Hubby was outstation from Monday so terpaksa la drive sendiri ke rumah kakak di Nilai tu. Sib baik la ada adik, Murni join sekali coz kena ada someone pegang Izzat. Hubby dia pulak tak boleh hantar sebab tak dapat cuti.


Sampai rumah kakak, mak tengah tidur. Kakak kata mak tak sihat, dah 9 jam tak dapat tidur. So, biarkanlah dia berehat sambil yang lenlain buat apa yang patut.


Sebab buat kenduri kecil-kecilan je, takdelah jemput reramai. Adik beradik dengan mak bapak sedara yang dekat je. So I pun mengangkutla pinggan, bekas-bekas nak isi makanan dan apa-apa yang patut dari rumah ni. Penuh boot kereta dengan macam-macam barang.


Kakak buat masak gulai lemak tempoyak ikan patin, ayam masak kicap, sayur kacang & sambal belacan. Kakak I ni, kalau masak, tak sah kalau tak pedas. Sambal belacan tu kalau u all makan... I tell you aa... rasa macam nak teguk air sejuk satu jag. Tak menahan pedasnya. Dia satu famili memang kuat makan pedas. Abang ipar I tu, cili api tu selamba buat ulam je. Enak dikunyah begitu sahaja...


I tolong sikit-sikit je la.. pasal ada baby yang tak leh nak berenggang ni.. (alasan je tu hahah...:)). Tak de apa nak buat sangat pun. Alhamdulillah, selamat buat kenduri.. walaupun start lambat pasal menunggu pak imam dengan mak sedara lambatnya sampai...


Plannya bila habis kenduri, pergi tidur kat rumah Murni @ Putrajaya sebab nanti senang hubby nak ambik. Hubby kata dia terus ke Putrajaya all the way from utara. Last last sebab lambat sangat gerak, hubby kata tak apalah dia pergi Nilai ambik kitorang. Kawan-kawan dia willing nak hantar. Tunggu punya tunggu dah nak pukul 2 pagi tak sampai I pun call dia. Dia kata dia ada kat rumah kitorang nak tinggalkan barang dulu. Tapi bila dia masuk rumah, dia notice yang rumah macam kena pecah masuk. Tingkap dapur terbuka luas, ada kesan orang cuba buka grill. Pintu dapur yang kitorang guna security door tu habis tombolnya dirosakkan tapi pencurik tu tak berjaya jugak nak buka. Dah namanya security door tu kalau boleh bukak jugak mau I saman company yang jual tu.



Bila tak berjaya masuk ikut bawah, pencurik tu naik atas pulak ikut bumbung. Dia pergi ke tingkap bilik my daughters, buka tingkap & cuba umpil grill. Tak tahulah sebab give up atau dia dengar my hubby balik, bila my hubby check, pencurik tu dah tak ada. Nasib baiklah masa tu hubby singgah rumah dengan kawan-kawan dia instead of terus ke Nilai. Kalau tak rasanya maybe dah habis dah barang-barang kat dalam rumah. Dahla I tinggalkan my netbook dalam bilik.



Alhamdulillah la tak jadi apa-apa yang tak elok. Nasib baik berlaku kejadian ni, I dengan anak-anak tak ada kat rumah. Tapi pencuri tu macam tahu-tahu aje ye tak ada orang kat rumah. Agaknya dah lama dia perhati rumah kitorang. Kalau macam ni I dah rasa tak berani pulak nak suruh anak I tidur bilik dia. Baik tidur dengan kitorang jelah. Rasa tak selamat pulak kalau diorang tidur bilik tu. Tengoklah tahun depan macam mana.



By the way, Khamis ni Izzat nak masuk satu tahun. Sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam sakit nak bersalinkan dia. Happy upcoming birthday my son..!


No comments:

Post a Comment