Friday, May 29, 2009

I Lurrvee Bags..

Ye.. saya sangat suka melihat beg. Saya suka melayari internet untuk melihat-lihat beg-beg yang cantik. Itulah hobi saya dalam 2 tahun kebelakangan ini. Kadang-kadang saya terbeli beg-beg yang saya lihat/suka itu. Kalau diikutkan hati, saya nak beli semua beg yang saya suka. Tapi memandangkan ianya adalah sifat tamak haloba yang sangat tidak bagus untuk kita, maka saya terpaksa pendamkanlah saja niat untuk membeli. Lagipun kita harus mempunyai priority di dalam hidup seperti menambah harta kekayaan, menambah saving atau menambah beg???!! Semestinya option yang ketiga adalah tidak sesuai sama sekali...

Antara beg-beg yang menjadi idaman saya :


Cantik kannnn... rasa macam nak makan pun ada....



Saya ada terjumpa satu beg yang rupanya seperti saya kenal... iaitu seperti corak tikar mengkuang yang arwah nenek dan moyang saya menganyam waktu saya kecil dahulu. Saya rasa ada mamat/minah dari US telah datang ke kampung saya semasa orang kampung sedang menganyam tikar maka mereka mendapat idea untuk membuat beg mengikut corak tikar itu. Hasilnya beg itu sangat popular sekarang di US.

Inilah dia beg tikar mengkuang berjenama Cole Haan



Sebenarnya banyak lagi beg idaman. Kalau dikira mungkin berpuluh atau beratus. Tapi dua di atas ini menjadi aim saya kalau boleh nak beli dalam tahun ni. Saya juga suka beg-beg LV dan Coach. Tetapi oleh kerana beg-beg jenama ini yang saya minat sangatlah mahalnya, maka saya perlu berpijak di bumi yang nyata. Kalau saya nak beli juga beg-beg ini, maka habislah saving saya untuk beberapa bulan. Oh, itu tidak boleh berlaku...

Walau bagaimanapun, hati saya sungguh tidak tertahan apabila melihat beg ini dan akhirnya berjaya juga memilikinya. Inilah latest collection saya :


Beg ini bernama Cole Haan Small Triangle Genevieve Tote. Sangat panjang dan cantik namanya secantik begnya... (hihihi)


Semoga selepas ini rezeki bertambah murah untuk membolehkan saya menambah collection lagi... :)

2 comments:

  1. cantinye.mana nk dpt beg ini ye

    ReplyDelete
  2. Baru perasan ada msg ni. Beg ni kat pavilion & mid valley pun ada jual kat butik Cole Haan. Tapi nak senang & ada discount beli je kat internet. Ada ramai blogger jual.

    ReplyDelete