Thursday, May 21, 2009

Sogo Oh Sogo...

Tengahari tadi saya hampir-hampir menjadi gila... hampir-hampir hendak pengsan... dan hampir-hampir juga menjadi singa lapar...

Ini semua gara-gara Sogo Warehouse Clearance Card Member Sale.... Haduiii...sangat best la sale dia. Kat entrance je ramai dah meroyan tengok pinggan mangkuk Corelle bagai.. periuk belanga branded lagi... sangat murah uolss..!!! Kalau bawak mak I ni rasanya kat situ je dah makan berjam-jam nak memilih...

Masuk je dewan, I rasa nak gila bila tengok barang-barang semua murah-murah sangat..!!! Especially baju budak-budak. Bayangkanla baju Hush Puppies & Peter Rabbit RM5 je sehelai!!! Tu I tak tengok brand lain lagi tu. Nasib baik awal-awal lagi I dah menetapkan strategi untuk menghadapi situasi Sogo member card sale ni :
  1. Sebelum keluar lunch mestilah makan dahulu sebab for sure tak sempat punya nak beli makanan during lunch.

  2. Sepatutnya cuba keluar 5 minit awal untuk mengelakkan jem di mana-mana seperti jem menunggu lif. Tapi terlupa la.. Sudahnya lebih 5 minit habis untuk tunggu lif.
  3. Semasa masuk dewan, perlulah melilaukan mata ke kiri dan kanan sambil berjalan laju untuk mengenalpasti apakah barang yang paling worth it untuk dibeli. Nanti esok boleh datang lagi sekiranya hari ni tak sempat beli.

  4. Terus pergi ke tempat item paling important untuk dibeli. In my case, I target Sommerset Bay for kids.

  5. Haruslah pandai mencari line yang paling cepat untuk membayar.

So, I terus la pergi ke Sommerset Bay. Sampai je tengok discount sampai 70%. Whatttt??? Hampir-hampir I nak terpengsan. Baju-baju yang ada boleh tahan cantik-cantik juga tu. Kejap nak ambik yang ini, eh yang itu pun cantik juga. Tapi ni lagi praktikal..tapi yang tu pun sangat worth it untuk beli........ Sudahhhh...!!! Sudah la tu izwa...!!!!! Kalau macam tu sampai esok pun tak habis. So dengan bertawakalnya I pun grab satu dress, satu blouse & 2 t-shirts for my kids. Moga-moga I tak menyesal dengan pilihan ini.. hihihi.. sampai macam tu sekali...

East India ada kat sebelah tapi sib baik I tak minat tengok design dia. Pastu, bila tengok jam still ada time, I pun pegi grab Huggies & susu for my kids. Huiii..murah-murah.....

Then I pun beratur untuk membayar.

I pilih satu line yg rasanya boleh cepat untuk membayar. Sekali tu tetiba orang yang paling depan tu ku ingatkan sikit je barangnya tapi tiba-tiba ada lagi barang dia kat tepi-tepi. Susu yang dia beli je dah bertin-tin. Stok 6 bulan agaknya. Tetiba cashier pulak pergi tempat lain. Alahhh.. orang nak cepat masuk opis ni... Then lepas tu orang betul-betul kat depan I ni, ada pulak 3 orang kawan dia nak tumpang membayar!! Masa ni I dah rasa macam nak jadi singa lapar....

Namun dengan bersabarnya I melalui semua itu... Tetiba..eh, ada advertisement kat belakang cashier kalau pakai Maybank credit card dapat free gift la.... Apalagi... beratur la lagi lepas tu untuk mendapatkan free gift tersebut...

Sudahnya I lambat masuk opis dalam 6 minit kot. Sib baik la bos cuti hari ni. Tau-tau je bos I nak lambat masuk dr lunch hari ni.. :)

Untuk kawan-kawan yang tak ada Sogo card, jangan risau.. ada satu lagi sale yang hebat untuk baju budak-budak kat Sogo Atrium yg bahagian tengah-tengah tu. Hampir semua 70%. I perasan ada brand Poney, Soda, O'Kayce.. Baru je start hari ni.. rasanya sampai minggu depan...

Esok I kena pergi lagi nih... habisla duit bulan ni...

No comments:

Post a Comment