Monday, May 16, 2011

Isetan Member Day Sale & Clarks Warehouse Clearance Sale

Dari sehari ke sehari, ada banyak benda I nak cerita. Tapi tak jugak tulis-tulis dalam blog ni. Lama-lama dah outdated. Takpelah... hari ni kita cerita pasal sale.

Last Friday I cuti semata-mata nak pergi sale. Boleh?


Haha.. I kalau rasa sale tu best, sanggup aje ambik cuti. Cuti banyak nak buat apa. Baik kita habiskan untuk kerja-kerja berfaedah macam ni hihi...Tapi kena selective jugakla.


This time, I cuti sebab nak pergi Isetan Member Sale & Clarks Warehouse Clearance Sale. Yang Isetan tu I memang dah plan sejak dapat newsletter dia. Tapi yang Clarks tu sebab I accidentally jumpa advertisement kat The Star. Sebab tu la I suka baca The Star. Kat dalam tu ada banyak iklan-iklan sale yang menarik & harga The Star pun murah compared dengan paper lain :)


So lepas hantar anak-anak pergi sekolah, breakfast jap kat kedai mamak dengan hubby, hubby pun drive sampai LRT Jelatek, I naik LRT pergi KLCC. Masa sampai, belum pukul 10 lagi. Baru 9.50 pagi tapi orang dah beratur depan Isetan. I dah target dah nak pergi cari apa so bila dia bagi je masuk, terus la berlenggang kangkung ke Children Dept. Cari baju raya anak la apalagi. Masa sale ni la nak beli. Tengok murah-murah jugak. Disney punya set baju tidur RM9.90 je. Fisher Price punya baju pun ok tapi I dah beli design lebih kurang sama kat Sogo. Paling ok baju yang I beli untuk Izzat, sepasang baju long sleeves & long pants, just RM12.00 je.


Percaya tak sepasang baju brand Elle ni harga RM12.00 je...


Tapi turned out, I just beli baju sorang satu je untuk anak-anak I. Pasal rasa nanti baju diorang dah banyak sangat lah. Tak nak membazir macam tahun lepas. Cukuplah setakat tu dulu. Pastu beli baju I pulak sampai 3 helai..haha...



Lepas keluar Isetan, round KLCC tapi rasa cam takde yang menarik je. So lepak lunch sekejap sensorang kat Secret Recipe. Tengah lunch hour ramai la orang. Selamba je I bawak masuk ice blended Coffee Beans. Lama I tak minum my favourite drink ni semenjak Coffee Beans kat Capital Square tu tutup. Diorang kata Cap Square tu nak tukar jadi digital mall, jual benda IT, electronic gadgets & handphones.


Habih lunch dalam 1.30 pm, jalan kaki pergi Clarks punya sale pulak kat Chorus Hotel. To tell the truth, I tak pernah beli kasut Clarks. Pasal tak sanggup nak bayar harganya. Mahal. Itu standard I la. Ada orang setakat 4-5 ratus sepasang kasut tu biasa.. macam 40-50 ringgit je. Masing-masing ada standard sendiri kan.. For me, I cuma sanggup spend untuk kasut sampai harga RM100+ je. Tu pun kalau harga tu mesti yang high quality. Lagi baik I simpan duit dalam ASB dari beli harga kasut RM200+.


Sampai kat hotel tu tengok orang queue sampai kat luar hotel. Hadoih.. ni jauh lagi teruk dari sale Isetan. Kat sebelah dalam pun queue panjang jugak. Kalau macam ni pukul berapa boleh masuk? Tapi tak kisahlah.. I pun dah tak ada benda lain nak buat, beratur je la. Tapi bila dia bagi masuk, satu group ramai jugak sekali masuk. So oklah jugak.


Masuk je kat dalam, haaaa... macam orang berperang... semua berebut nak pilih kasut. Dengan bisingnya orang terjerit-jerit sana sini. Gila betul. Dah la ramai orang, nak kena tengok satu-satu design kasut yang tampal kat dinding & meja kaunter. Bila dah berkenan design, size pulak tak ada. Lama jugak la I terkontang-kanting cari kasut tak dapat-dapat. Habis, semua saiz I dah tak ada. Yang ada, design pulak tak berkenan. Mana boleh jadi ni.. penat lelah beratur & nak sampai sini tapi tak ada hasil. So, I cari alternatif lain. I kutip kasut-kasut yang diorang try kat lantai pastu tak jadi ambil. Agak-agak mana saiz I tu I sambar je. Hasilnya, dapat la 3 pasang kasut shortlisted. Pastu satu kasut tu tak jadi ambil sebab longgar. Padahal tiga-tiga kasut tu sama saiz 3 tapi muatnya tak sama. Satu ngam-ngam & sangat comfortable, satu longgar & lagi satu ketat sikit tapi I belasah je ambil dengan harapan bila pakai lama-lama nanti dia akan jadi lebih comfortable :) Kena la beli at least 2 pasang. Kalau tak rugi je pergi clearance sale ni.


I beli kasut tu for the price of RM160 each. Eventhough iklan kata sale 60% discount, I rasa it was more than that sebab I perasan dulu I pernah tengok satu kasut kat Clarks Sogo similar dengan kasut yang I beli ni harganya RM430+. Tapi kat sini boleh dapat RM160 je. Mana orang tak berebut. Kalau nak tau, I tengok diorang majority bawak balik kasut lebih 5 kotak. Kira la berapa agaknya diorang berabis. Sebab tu kat kaunter credit card, punyala beratur panjang macam keretapi. I bayar cash, senang. Tak payah beratur. Nasib baik sebelum tu ada withdraw duit. Tapi... lari la budget makan ku bulan ini.. huhu...







Inilah kasut yang super duper comfortable!! Makcik sangat puas hati...








Kasut ni sesuai untuk heavy duty.








Ini pulak kasut kerja.









Nampaknya for the remaining days in May ni kena jimat sikitlah. Mampukah? Heheheh..


No comments:

Post a Comment