Sedih betulkan bila baca cerita pasal rumah anak-anak yatim di Hulu Langat yang kena landslide tu.. Setiapkali tengok berita or baca paper, I mesti takleh control air mata ni. Mesti nak terkeluar jugak..
Bila google cerita-cerita pasal anak yatim ni, I pun baca sama cerita tentang anak-anak terbuang. For me, cerita anak terbuang ni pun sangat sedih & meruntun jiwa.
Ada satu cerita ni I baca, sorang ibu yang sedang temankan anaknya yang sakit di wad kanak-kanak. Turut ada dalam wad tu ada 2 orang baby umur dalam umur 10 bulan. Dua-duanya daripada pusat kebajikan. Sebabnya, mak diorang sendiri taknakkan diorang lepas dilahirkan. Jadi pusat kebajikan tu ambil dan jaga diorang. Sila baca artikelnya di bawah.
Saya juga ingin berkongsi pengalaman menyaksikan nasib ‘anak terbuang’ yang turut berada di wad berkenaan. Dua bayi berusia kira-kira 10 bulan yang dilahirkan, tetapi tidak dikehendaki ibu yang mengandung mereka. Kedua-duanya anak dari rumah kebajikan dan dimasukkan ke hospital kerana sakit. Melihat keadaan mereka yang tidak ditemani sesiapa berbanding kanak-kanak lain yang mempunyai ibu, bapa atau penjaga untuk menjaga makan minum serta memujuk mereka tatkala kesakitan, hati terpalit rasa sedih mengenangkan nasib malang mereka. Ada kalanya, sebak melihat mereka menangis sendirian sama ada kerana lapar atau mungkin memanggil minta dibelai ketika mata sedang mengantuk. Malah, apabila muntah atau buang air, mereka hanya akan dilayan jika ada jururawat yang menyedari kerana kita maklum jururawat juga mempunyai tugas lain yang sentiasa penuh. Ada kalanya, apabila berkesempatan saya meluangkan masa menepuk mereka sehingga tidur. Melihat renungan sayu mereka sebelum terlelap, membuatkan mata bergenang memikirkan nasib si kecil yang masih terlalu muda untuk memahami keadaan diri mereka. Membandingkan keadaan kanak-kanak berkenaan hanya menumpang kasih dengan jururawat yang silih berganti atau penjaga pesakit lain yang ada kalanya turut menjenguk mereka ketika waktu terluang, saya rasa bersyukur kerana membesar dalam keluarga yang penuh kasih sayang, ada ibu dan bapa yang memantau kehidupan ini. Dan bersyukur juga kerana anak saya mempunyai ibu bapa yang dapat memberikan mereka kasih sayang sepenuhnya. Pengalaman berkenaan, benar-benar membuatkan saya insaf dan lebih menghargai hidup. Orang kata, ada kalanya perkara kecil sebegitu sudah mampu mengubah hidup atau pemikiran kita terutama melihat nasib malang insan lain. Apapun, kisah ‘anak terbuang’ yang hangat diperkatakan media ketika ini tidak boleh dipandang remeh. Pelbagai cadangan dan usul diutarakan. Ada yang mencadangkan supaya hospital menyediakan tempat khusus untuk meletakkan ‘bayi terbuang’ itu seperti yang dilakukan di beberapa negara di Eropah, dan tidak kurang juga yang mencadangkan supaya dipermudahkan urusan perkahwinan bagi membendung gejala buang bayi. Saya lebih bersetuju supaya disediakan ruang bagi meletakkan ‘anak terbuang’ ini di hospital bagi mengelakkan ada ibu yang pendek akal berlaku kejam kepada anak baru dilahirkan berbanding cadangan kedua. Walaupun ramai berpendapat cara itu hanya menggalakkan lebih ramai terbabit dalam perbuatan sumbang sehingga hamil luar nikah, sekurang-kurangnya ‘anak terbuang’ itu dapat diselamatkan dan menerima rawatan kesihatan sewajarnya sejurus dilahirkan. Hakikatnya, tidak kira apa saja cadangan yang diusulkan setiap satu ada baik dan buruknya. Tetapi, sebagai masyarakat kita perlu mengambil kira keperluan menyelamatkan ‘anak terbuang’, selain memulakan satu pelan tindakan yang dapat membendung gejala buang bayi.
Bayangkanlah tak ada ibu or ayah yang temankan baby-baby ni. Bila baby ni menangis sebab sakit, lapar, tak selesa or nak tidur, cuma nurse yang kebetulan ada kat situ or ibu-ibu anak-anak yang lain yang tolong tengokkan. Bila si ibu dalam cerita ni berkesempatan untuk temankan dan tepuk-tepuk baby tu untuk tidurkan dia, baby tu pandang dia dengan pandangan yang amat sayu sebelum tertidur.
Kalau korang yang ada kat situ, macam mana perasaan korang. I bila baca cerita tu pun dah tak boleh tahan air mata. Malangnya nasib baby-baby tu. Bukan pun salah diorang lahir kat dunia ni.. Tak ada siapa yang nak berikan kasih sayang pada diorang.. Sedihnya..
I terfikir, kenapa tak ada orang yang boleh berikan kasih sayang pada diorang ni.. ambil diorang untuk dijaga macam anak sendiri... Ada tak possibilities pasangan yang dah kahwin beberapa tahun tapi belum ada anak, boleh adopt anak-anak kecil ni dan berikan diorang sepenuh kasih sayang? Atau pun yang masih bujang, tapi rasa sunyi, boleh tak ambil anak-anak ini untuk dijadikan pengubat kala sunyi, untuk disayangi sepenuh hati?
I wish I boleh buat something. Tapi ianya tak semudah yang kita sangka. Kena minta pendapat husband, family... Tak semua orang boleh terima. Tapi kita boleh cuba untuk contribute something.
Moga anak-anak terbuang ini masa depannya terbela dan sentiasa mendapat lindungan Allah..
No comments:
Post a Comment