Tuesday, May 31, 2011

Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah start. Shasha & Sarah dah sibuk tanya nak pergi mana cuti ni. Ayah kata kita pergi Cameron Highland je la. Lepas tu singgah Lost World of Tambun. Sebenarnya ayah ada kerja kat Cameron. Tak kisahlah.. asalkan budak-budak dapat berjalan.



Bila cuti sekolah ni jalan depan opis I tu mulalah jem sentiasa. Maklumlah.. parents bawak anak-anak shopping kat Sogo & Jalan TAR. Sogo pun tengah sale. Kalau tengahari pergi Sogo, tak larat nak beli barang pasal ramai sangat orang. Beratur panjang. Ramai betul orang kat Sogo kalau cuti sekolah ni. By the way, children department kat Sogo dah being upgraded so it's much..much better sekarang. Arrangement dia very nice. Buat orang lagi suka nak membeli.. haha.. I perasan dah ada brand-brand baru yang sebelum ni tak ada like Nike & Osh Kosh. Last 3 weeks I beli romper Osh Kosh harga RM39 je. Ok la kan.



Sekarang ni tiba-tiba rasa teringin la nak beli beg baru... (cheh! padahal baru je sebulan beli beg baru dah teringin lagi :P). Ni pengaruh tengok beg cantik kat blog la ni.. Sebenarnya sebelum dapat bonus hari tu I dah berangan nak beli beg satu brand ni. Bajet-bajet bonus boleh la dapat macam last year sebab performance maintain. Sekali tengok allocation bonus tahun ni kurang.. Sedihnya... bukannya sikit... kurang RM10k tu.. Banyak benda boleh buat dengan duit banyak tu. So tak jadi la beli bag brand memahal. Beli kat Charles & Keith je la. Yang lain simpan la dalam ASB, beli perabot sikit & spend untuk anak-anak. Syukurlah.

Inilah beg yang I teringin tu.





Awesome!!!




Ini pun...



Gorgeous!!




Niceee.....mmmm..




Tapi kalau ada duit lebih, boleh lah beli. Bulan ni nak pakai banyak duit sebab Tadika Sarah masuk semester kedua, banyak nak kena bayar. Hai.. budak-budak zaman sekarang, yuran tadika pun mengalahkan yuran universiti. Mahal!!

Oklahh.. Selamat Bercuti Sekolahh!!!




No comments:

Post a Comment