Saturday, July 16, 2011

Kisah Hari Ini

Sekarang musim durian lagi ek? Kat tempat I durian dah boleh dapat 5 bijik for RM10. I ni memang suka makan durian. Kalau boleh tetiap minggu nak beli sebab along the way dari tempat kerja ke rumah I, ada 3 - 4 tempat orang jual durian.


Tadi my mom called bagitau yang dia dapat 6 bijik durian dari kebun peninggalan arwah abah. Alhamdulillah.. My mom ada upah anak jiran kitorang masa duduk di Umbai dulu untuk tengok-tengokkan kebun tu. Sayang kan kalau ada kebun yang ada pokok durian, manggis, duku, cempedak, rambai dan kundang tapi tak dapat nak merasa pun buah-buah tu sebab tak dapat nak selalu datang tengok. Rezeki pada orang-orang yang lalu di kebun tu sajalah. My mom kata nanti dia buatkan wajik durian nanti bolehlah kitorang merasa kalau balik kampung nanti.


Jom kita cerita pasal aktiviti pada hari ni. Hari ni bangun awal sebab nak pergi Sogo. Hehehe.. Apekehalnya pulak nak pergi Sogo padahal hari-hari dok menyinggah tak puas-puas lagi ke... Sebabnya I ada appointment buat facial dengan Shiseido. Facial free siapa tak nak... Lepas dapat Gold card ari tu, hari-hari I pergi Sogo sebab nak pakai vouchers dia yang boleh guna from 13 - 17th July. Sebenarnya vouchers yang Sogo bagi banyak. Ada satu buku. Tapi ada some yang valid 5 hari saja. So busy lah I hari-hari datang masa lunch hour nak pakai vouchers tu.


Appointment I pukul 11 pagi. Kitorang park kereta kat Sg. Besi pastu naik lrt. Senang. Tapi Izzat kena tinggal rumah dengan bibik. Takut nanti lama spend masa kat Sogo nanti Izzat meragam pulak. So sampai je Sogo, breakfast dulu kat Shogo cafe. Pakai la voucher yang I dapat tu so free 1 breakfast meal. Lepas breakfast, hantar Shasha & Sarah kat Kids Fun Time, tempat budak-budak main, buat art & macam-macam lagi sambil ada staff jaga. I guna voucher dapat 2 jam free. Seronokla budak-budak tu dapat main sampai 2 jam.


Then pergila Gold & Platinum Lounge. Tunggu sekejap sambil diorang bagi refreshments sebab belum pukul 11. Staff Shiseido pun tak sampai lagi. Bila dia dah sampai, I pun buat facial dalam setengah jam. Bestnya muka kena belai. Kalu hari-hari macam ni kan ke bahagia rasanya. Haih.. Sekali buat facial pun dah beratus, lagi nak hari-hari? Sib baik la dapat free session ni. Lepas je facial, pergi kat kaunter make up dia pulak. Buat make-up free. Make-up artist dia budak lelaki Cina. Hihi.. Macam-macam mamat ni membebel pasal cara yang betul jaga muka. Dia kata kita mesti pakai produk yang ada SPF untuk elak cahaya matahari rosakkan kulit muka. I beritahu dia I hari-hari pakai moisturiser yang ada SPF15. Dia kata tak cukup, kena pakai sunblock. Dia sendiri pakai SPF sampai SPF50. Huiii.. berapa jenis produk yang ada SPF agaknya dia tepek kat muka dia yang licin tu. Pastu dia kata kalau pakai foundation, jangan sekali-kali sapu kat bibir. Nanti bibir jadi hitam. Ye ke. I tak pernah tau pun.. Lepas ni tak buat lagi la.. haha.. Kalau I ikut tatacara make up artist tu untuk make up sendiri kat rumah, rasanya satu jam pun I tak siap make up lagi. Banyak betul benda nak kena apply kat muka...!


Lepas habis make-up, kena ambil gambar masuk contest. I bukannya nak masuk contest, tapi nak make-up free aje. Tapi tak apalah setakat nak ambik gambar je, I don't mind :) Tapi kalau dah muka tu memang kurang jelita tambah lagi tak fotogenik, tau jelah apa hasilnya haha.. Yang kelakar tu kan, punya la penat mamat tu solekkan I dengan make-up Shiseido, hubby I boleh kata make-up I macam hantu. Hishhh!!!! Tak baik sungguh! I baru je nak perasan diva, ada je orang nak patahkan semangat.. LOL.. Agaknya sebab I tak pernah make-up tebal-tebal macam tu especially kat mata, tu yang rupa lain macam je tu.Takpelah bang... macam hantu pun takpelah.. Janji I dapat make-up Shiseido free. Hahaha!! Tapi bila I snap gambar nampak ok je make up tu. Memang kalau nak ambil gambar kena make up macam tu kot.. tebal-tebal.. bila ambil gambar nampak cantik..


Lepas habis sesi tuh, kitorang singgah Pertama Kompleks. Tak boleh lama-lama kat Sogo sebab ramai sangat orang masa weekend. Especially kat tempat baju budak-budak tu.. nak lalu pun susah. Lepas lunch, hubby beli jeans & jumpa member lepas tu kitorang balik.


Begitulah kisah saya pada hari ini...:)



No comments:

Post a Comment