Friday, July 29, 2011

Weekend at Perak
















Last weekend kitorang saja buang masa pergi Perak. Reason? Sebelum ni dah dua kali niat pergi The Lost World of Tambun tak jadi sebab bila nak pergi je, budak-budak demam. So this time, bila tengok diorang ok, terus je kitorang on pergi. Sebenarnya tiket tu dah beli awal, valid sampai pertengahan September je. Bulan puasa dah tak lama lagi. September tu pulak dah raya. So memang terpaksa pergi bulan ni.


Kitorang pergi dengan kawan hubby & family dia on Saturday. Sampai kat Tambun dah tengahari. Singgah lunch dekat McDonald. Lepas tu bila kitorang pergi je The Lost World tu, sekali tengok tak boleh masuk. Haikk??? What happened?? Rupa-rupanya TNB ada buat family day kat situ so dah full sangat orang lain tak boleh masuk. Haiyyaa.. Macam ni pun boleh ke?

Nasib baik la member kitorang tu ada bawak tiket free pergi Bukit Merah Lake Town Resort. So bawak la budak-budak main air kat sana dulu. OK jugak tempatnya tapi crowded sangat. Orang tua pun sume dah jadi budak-budak bila main air. Habis main air, member ajak makan mee udang pulak kat Kuala Sipitang. Oh, kat situ rupanya mee udang yang famous tu. Apa lagi.. I follow je laaaa...


Tempat makan yang kitorang pergi tu betul-betul tepi jalan. Dari jauh tengok punya la ramai orang, siap ada bas persiaran berhenti parking kat situ. I dah terfikir, tak lambat ke servis nanti kalau orang ramai sangat ni? Tapi rupa-rupanya servisnya ok je. Walau pun waitressnya budak sekolah rendah (ini family business lah :)), tapi dapat minuman & makanan cepat. Makanan pun sampai tak lama lepas tu. Kitorang order mee udang, nasi goreng dengan udang, kuey teow udang & nasi putih dengan udang. Pendek kata memang menu semua ada udanglah!



Tempat kitorang makan




I order mee udang. Bila makan je... fuhh.. memang best lah! Kuahnya memang sedap sangat! Udang nya dalam 8 ke 9 ekor besar-besar pulak tu! Patutlah harganya RM7 :). Udang kapas kalau tak silap. Menu yang lain pun sedap juga. Walau pun order nasi goreng, tetap ada kuah mee udang kat sebelahnya. Sedap! Patutla popular tempat makan ni.






Mee udang yang famous itu







Dalam nasi goreng ni tersembunyi udang-udang besar dan di sebelahnya kuah udang yang sangat sedap!



Malamnya sebab hotel kat Lost World tu dah penuh, terpaksalah kitorang pergi The Heritage sebab tu je la hotel yang terdekat. OK jugak hotelnya. Then member kitorang call bagitau wife dia kena admit hospital sebab gastrik. Lepas makan mee udang lagi dia dah mengadu sakit perut. Dia kata dia tak boleh lambat makan nanti kena sakit perut teruk. Nampaknya kitorang terpaksa pergi Lost World without diorang lah.


The next day (Ahad) my kids dah tak sabar-sabar dah nak pergi Lost World. Breakfast dulu kat hotel pas tu siap kemas-kemas barang untuk check-out terus. Sekali masa dalam lif masa nak breakfast tu, kitorang terserempak dengan dua orang mamat ni. Sorang tu tegur I. Tapi dia tak panggil nama I la. I tenung lama-lama, memang familiar dua orang ni tapi otak I tak boleh recall diorang ni siapa. At last selepas letih berfikir, otak I registerkan diorang as kawan-kawan masa kat U dulu. I pun siaplah tanya "you all ni kerja kat mana" then siap bagi business card lagi. Sekali bila balik ke bilik hotel, barulah I ingat yang diorang tu officemate lama masa di JB dulu. Ya Allah.. teruknya I punya memori. That's why sometimes kalau jalan-jalan terserempak dengan someone yang familiar tapi I tak boleh nak ingat, I try to avoid them. Sebenarnya malu tau dengan daya ingatan yang lemah macam ni. Memang serious punya problem.


Masa sampai kat Lost World, nasib baiklah orang tak ramai lagi. So siap ambil gambar dulu & beli topi takut panas. I ni ada migrain.. kalau boleh nak elak kena panas. Alhamdulillah tak kena migrain hari tu.


Dah siap siap pakai baju mandi dah... senang kat dalam tak payah nak cari tempat tukar baju.



Kitorang tak terus pergi pool dulu. Instead kitorang pergi jalan-jalan kat dalam hutan dia. Bestlah tengok macam-macam binatang ada. Ada yang dibiar lepas bebas macam tu aje. Siap bagi makan kat burung dengan rabbit. Seronoknya! Suasana & view hutan tu lagi buat seronok jalan kat situ. Habis tour, baru mandi kat pool. My kids dah jumpa air apalagi.. enjoy sakanlah... Macam-macam ada kat situ. Bila penat, beli makanan dekat-dekat situ je.




Some of the pictures taken.

Burung-burung ni semua jinak so boleh lepaskan.







Ni merak albino.






Seronok bagi parrots makan. Jinak sangat.







Rabbits yang comel tapi kuat makan.










Burung ni rupanya macam itik.








Raccoon yang comel dan bijak.







Dekat big pool.






Seronokla diorang dapat air!



Sarah tunjuk swimming skill.






Izzat excited main air.





Kapal pun ada.






Saat-saat sebelum tempayan menumpahkan airnya...





Gedebushhhhh!!!! Izzat sampai tersedak-sedak tertelan air. Siannn...



Kalau korang pergi Perak, singgahlah tempat-tempat ni. Worth it pergi.


So that was the story. Tak lama lagi nak puasa ni. Selamat berpuasa semua!



No comments:

Post a Comment