Korang ada baca KOSMO hari ni?
Cerita muka depan tu memang sedih betul. Cerita orang lahirkan anak lepas tu terus campak baby tak berdosa tu ke bawah dari tingkat 2. Siap ada gambar baby tu. Nak menangis baca.
Zaman sekarang dah banyak sangat benda macam tu berlaku. Apa dah tak ada belas kasihan langsung ke pada diri manusia yang buat tu. Apa dah tak boleh nak berfikir secara waras lagi ke bila berdepan dengan situasi macam tu sampai sanggup ambil jalan mudah bunuh saja nyawa yang baru saja lahir ke dunia ni semata-mata untuk selamatkan diri sendiri. Apakah rasa malu mempunyai anak luar nikah tu sangat besar sampai sanggup melenyapkan terus anak yang pernah dikandung 9 bulan?
In the first place, kena ingat semua yang berlaku tu atas sebab salah diri sendiri. Perkara-perkara zina ni boleh dielakkan dari mula. Disebabkan turutkan nafsu, consequences ni semua dah tak nak fikir. Yang lelaki lagilah tak heran. Yang dia tau dia nak, dapat, syoklah.. Yang perempuan ni tak fikir langsung kesan tu pada dia. Bila dah start buat salah, buat dosa, janganlah ditambah lagi dosa tu dengan membunuh. Kenapalah kau kejam sangat sampai sanggup bunuh baby yang sepatutnya disayangi sepenuh hati!
Korang tahu tak betapa bahagianya bila mempunyai anak-anak darah daging sendiri? Bila anak tu lahir, betapa bahagianya bila dengar tangisan pertama dia, melihat wajah dan pergerakannya. Betapa indahnya hidup ini bila melihat anak membesar, melihat telatahnya setiap hari, mendengar gelak tawa & tangisannya..
Untuk orang-orang yang berhati kejam yang sanggup bunuh baby ni.. korang memang tak layak untuk jadi ibu/bapa mahupun disayangi oleh orang lain!
Tetiba teringat kat Izzat. Pagi tadi dia menangis sungguh sungguh tak bagi I pergi kerja. Rasa tak mau pergi, nak peluk dia, nak tenangkan dia, nak bagi dia makan, nak dengar dia ketawa.... Tapi nak buat macamana sayang... ibu kena pergi kerja jugak. Siannn anak ibu...
Khamis ni Izzat punya surgery kat Gleneagles. Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Permudahkanlah untuk Izzat hadapi semua ni.
No comments:
Post a Comment