Betul ke tidak tajuk kat atas ni.
I just nak suarakan sikit ketidakpuasan hati ni dengan sikap orang Malaysia masa naik lrt. Kenapa kebanyakan orang Malaysia ni tak reti nak offer tempat duduk dalam lrt pada orang yang lebih memerlukan? Sanggup buat dek je, macam tak nampak padahal mata asyik pandang kat orang. Apasal ek?
Be it pregnant woman like me, ibu yang tengah dukung anak kecik, OKU, orang tua.. kalau dah nampak diorang masuk lrt dan tak dapat tempat duduk, susah sangat ke nak offer tempat duduk sendiri? Ada yang tengok lepas tu buat-buat tidur la, sms la, dengar lagu la.
Tadi I naik lrt dah takde seat. I berdiri depan sebarisan mamat dan minah yang tengah selesa duduk. Ada sorang minah & 2 mamat depan I ni siap tengok I, perut I lepas tu buat tak tau je. Perut I ni obviously dah perut orang pregnant. Lepas tengok dia boleh tido. Bangun balik tengok orang, tengok I, borak-borak. Ada lagi sorang keep on looking at me macam nak bagi ke tak nak bagi seat agaknya. Cubala kalau dia tu pregnant, dengan perut makin besar, baby asyik gerak, kaki lenguh, kadang sakit belakang, kalau ada yang masih mabuk lagi parah.. pas tu kena berdiri lagi for the whole journey..
Emo pulak pagi-pagi ni.
Izwah, Amy ada tag awak..Sila buat eh? baca kat blog Amy
ReplyDelete