Tapi untuk tidak menghampakan Amy, buka cerita sikit la macamana kitorang temu jodoh. Sila jangan gelakkan cerita I ye.
Sebenarnyakan, my hubby is my best friend's brother. Haa.. gempak tak kawin dengan abang kawan sendiri.. hihihi.. Masa kat U dulu, pernah la nampak abang kawan I ni datang berapa kali melawat kawan I ni. Ada sekali tu siap datang dengan awek dia lagi. Tapi masa tu kita buat hal sendiri je la.
It started when I went for my best friend's wedding. I spent time lama jugak kat rumah dia. I pun tak ingat la I pernah borak ke apa dengan abang kawan I ni tapi he did asked for my hp number from my friend dengan alasan nanti bila dia nak pergi JB boleh la minta tolong I tunjukkan jalan (I was working in JB at that time).
And he did just that. Tetiba one day while I was in JB, he called and asked whether we can meet as he is in JB for work purpose. If I'm not mistaken, I baru balik dari kampung I masa tu. I pun takde la suspect apa-apa, ingatkan memang dia tak tau jalan JB. Sebab I pun ada kereta, I bawakla dia jalan-jalan cari makan kat JB. Lepas tu I bagi dia buah-buah mempelam pokok kat rumah I, bawak balik dari Melaka.
Lepas tu biasa la orang lelaki ni nak usha-usha tu.. sms memanjang. Pastu datang JB, dating lagi. I pulak kadang-kadang turun KL rumah my sis, jumpa dia kat sana. Tak ingat la bila official dating as a couple. Macam tu la ceritanya until one day he proposed to me at JB's bus station masa dia dah nak naik bas... hahaha.. cam kelakar pulak.. tak romantik pun kann..
Later bila dah kawin barulah I perasan dalam video kahwin my sis-in-law cum my friend tu, banyak dia curi-curi ambil gambar I. Patut la the whole family dah suspect dia dah berkenan kat I.
Begitulah kisahnya Amy... Puas hati tak? :) Ngeee...
iSK ko ni kan..heheh ok la tu..puas hati la gak. Agak romantik la tu da curi2 ambik gambar u, mmg berkenan sgt la tu :). Moga bahagia ke akhir hayat. Aminnn. tq for doing the tag.
ReplyDelete