Thursday, August 12, 2010

1st Day Ramadhan

Semalam hari pertama Shasha belajar puasa. Masa last year ingat nak ajar dia puasa tapi my in laws kata kecik sangat lagi. Kesian kat dia. Tapi I dulu-dulu 5 tahun dah kena puasa apa.. walaupun tak penuh. 6 tahun baru dapat puasa penuh.


Berbalik cerita 1st day puasa Shasha, alhamdulillah dapat puasa penuh. Tapi dramanya jangan cerita la.. Sehari sebelum puasa dah cakap dengan dia esok kena puasa. Dia tak nak. Tapi I pujuk-pujuk, bagi dia excited sikit.. barulah dia nak puasa.


Masa sahur semalam makan dua suap je. Itupun ibu yang suap. Masa hantar dia ke Taska, pesan kat cikgu dia tolong tengok-tengokkan. Kalau dia tak tahan sangat baru bagi buka puasa. Tapi alhamdulullah masa ambil dia dari Taska cikgu dia cakap dia tak berbuka lagi. Tapi lepas tu Shasha bagitau dia nak something.


Dia kata, 'Ibu, nanti belikan oren yang makanan macam kawan kita **** beli'.

I tanya, 'Buah orange ke?'.

'Bukannn...'.

'Air oren ke?'

'Haah.. tapi yang makanan..'


Haduii.. ape benda la yang si Shasha ni maksudkan.


Last-last hubby I kata beli air oren je lah.. sebab malas nak fikir apa benda sebenarnya yang Shasha nak. Dia pun bila suruh explain tak reti.


Shasha merajuk & nangis bila ayahnya nak belikan air oren. Beriya-iya nangis bila ayahnya beli jugak. Shasha ni perangai dia kalau tak dapat benda yang dia nak tu memang degil tak nak berenti menangis. Sudahnya sampai ke rumah tak mahu keluar dari kereta. Puas la I pujuk pujuk. Buka kartun kat tv baru berhenti nangis.


Lagi setengah jam nak buka dah ngadu lapar.. tak tahan nak makan... I cuak juga. Tapi cuba delay-delaykan. Akhirnya dapatlah dia berbuka sesudah azan.. Yay...! Shasha berjaya puasa satu hari penuh...


I'm really proud of you kakak...!

No comments:

Post a Comment