Thursday, August 26, 2010

Hapdet Yang Lapuk

Lama wehh tak menghapdet. Hidupku sekarang sangatlah hectic.. Biasalah bila hubby outstation straight berminggu-minggu. Mak nak kena uruskan anak lagi, uruskan rumah lagi sensorang. Paling sadis bila pagi pagi nak pergi kerja. Bulan ni aje dah 4 kali lewat tau. Harus kena mengadap big boss hujung bulan ni.. huwaaa..


Oleh kerana dah lama takde cerita dan hari ni ada sedikit free time sebab half day, bulehlah kita menghapdet apa yang patut. Korang janganlah sampai muntah darah baca cerita banyak-banyak ni ye.


Cerita 1


Pagi pagi tadi bila adik I hantar I ke LRT untuk pergi kerja (my brother now duduk dengan I buat teman sampai lepas raya sebab hubby outstation), tetiba berlaku insiden menyayat hati. Ibu jari tangan kanan I tersepit kat pintu masa I nak tutup pintu passenger depan.. (ceh.. menyayat hati ke ni..:)). I langsung tak perasan pun memulanya. Tetiba je rasa, "Eh, apasal sakit sangat jari ni?". Rupanya sudah tersepit itu jari. Sakitnya haduiii... Allah je la yang tahu.. Sib baik adik I tak terus jalan dengan jari I melekat lagi kat pintu kereta tu. Dalam LRT punyala menahan sakit. Kalau korang suka tengok kartun macam Tom & Jerry kan, bila bab bab kena ketuk dengan penukul tu jari dia jadi besar kecik besar kecik .. macam tu la rasanya. Sampai kat ofis I pergi klinik. Doc buat x ray, alhamdulillah tak ada yang serious like patah ke retak ke. Tapi doc kata kalau sampai petang tak baik lagi doc nak buat lubang nak keluarkan darah beku. Hapaa..? Habisla cacat tangan ni.. Dah la nak raya tak lama lagi...


Cerita 2


Hari ni half day sebab buat pengesahan kat bakal sekolah baru Shasha. Memang sebelum ni ada dapat surat suruh buat pengesahan dari 1 - 30 Ogos 2010 tapi I ingat setakat call or online je. Nak dijadikan cerita, semalam tergerak hati nak call sekolah tu konon nak buat pengesahan la Shasha memang nak enroll kat situ. Sekali staff tu kata, "Akak kena datang sekolah bawak surat beranak asal dengan surat yang akak dapat tu."


Ok.. First, the due date tolak cuti am & weekend, cuma tinggal 2 hari je lagi, hari ni dan Isnin depan. Second, I baru je minta cuti untuk Jumaat ni sebab bila Selangor cuti, I pun terpaksa cuti pasal nursery anak tutup. Hari ni pulak supposed ada 4 meeting dari pagi sampai la petang. Camane nak ambik cuti...


Tapi disebabkan hubungan baik dengan bos, maka dapatlah I cuti half day hari ni. Mekasih boss...! Jasamu dikenang..


Cerita 3


Shasha setakat ni berjaya puasa penuh.. alhamdulillah.. I betul-betul tak sangka dia boleh tahan. Sebab ni first experience dia. Harapnya dapatlah dia puasa penuh sebulan. Tapi setiapkali bersahur nak kena bersuap, kalau tak tak mo makan. Tu la antara sebab hidup I sangat kelam kabut di bulan puasa ni. Waktu kerja lagi awal setengah jam. Bila hubby tak ada I terkejar-kejar nak buat semua benda. Kalau Shasha boleh sahur sendiri at least jimatla jugak masa. Tapi tak apalah... asalkan dia nak berpuasa I dah rasa bersyukur sangat.


Cerita 4


Hari ni my mom's birthday. I dah belikan hadiah kat dia sebelum maternity leave lagi. Punyala baguih.. Simpan punyala lama. Kebetulan masa tu ada gerai jual buku kat ofis I, ada jual satu kitab Al-Quran tebal siap dengan CD, terjemahan ayat satu per satu dan ayat penuh, tajwid, sirah, bukti-bukti kekuasaan Allah dll. Bagus sangat kitab tu. Harga pun boleh tahan jugak. Tapi tak apalah.. untuk mak mahal sikit pun tak apa. Janji berguna untuk dia.


Cerita 5


Tetiba ada satu malam tu (dalam minggu ni) wife kepada kawan hubby I call I. I ingat siapa la nombor tak kenal. Rupanya dia cerita hubby dia dah main kayu tiga dan minta I tolong check through EPF punya database, minah yang ada affair dengan hubby dia tu kerja kat mana.


Well... 1st of all, I takut nak masuk campur hubungan orang lain lebih lebih lagi dengan orang yang memang I tak rapat. Nanti tak pasal pasal I terheret sama dengan problem diorang.


Secondly, nak suruh I tengok maklumat orang through company punya database is definitely wrong ok. Mau kena tindakan tatatertib kalau management dapat tau ni. Memang la I boleh tolong tengok-tengokkan info dalam database tu tapi only if orang yang bertanya tu minta tengokkan info diri dia sendiri or orang terdekat like hubby or children, dengan kebenaran that third party.


I tak sangka pulak kawan hubby I tu boleh ada affair dengan orang lain. The wifey said the hubby selalu kata kena pergi outstation tapi bila she managed to check his hp, penuh dengan sms yang proved the hubby was somewhere else, with the girl. The hubby even pernah tidur dekat rumah that girl. I was like... alamakk.. my hubby pun selalu outstation apa...


Hmmm.. susah nak cakap bila jadi macam ni. Lelaki ni memang susah nak cari yang betul-betul baik. I still trust my hubby.. but not 100%. The possibility is still there. Harap-harapnya he's not like that. So far tak ada apa-apa lagi yang suspicious about him. Itulah bagusnya kalau kahwin dengan orang yang tak hensem. Kita taklah risau sangat..hahaha..! Takdelah.. benda kalau nak jadi nak buat macamana. Kita kena selalu berdoa sajalah moga benda-benda yang tak baik tak berlaku dalam hidup kita.


Demikianlah beberapa kisah saya buat hari ini. Tak tahulah bila lagi sempat menghapdet.


Ehh... hari ni gaji kan..? Selamat menghabiskan duit gaji ye kengkawan. Dah nak raya ni macam macam benda nak belikan... Jangan sampai hutang meleret leret sudah... :)

No comments:

Post a Comment